Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Berfikiran terbuka, rela sesuaikan diri bagi dunia pasca Covid-19

Dec 02, 2020 | 05:00 AM



Saya bekerja dalam sektor keselamatan bersama syarikat yang sama selama lebih 10 tahun. Baru-baru ini, saya didiagnos dengan keadaan kesihatan yang menyukarkan saya berdiri buat tempoh yang lama. Saya terpaksa meninggalkan syarikat dan sejak itu sukar mendapat pekerjaan. Bolehkah anda membantu saya?


Anda boleh mengambil langkah pertama dengan memikirkan apakah lain-lain pekerjaan atau industri yang anda minati dan cuba memadankannya dengan kemahiran, keupayaan dan keperibadian yang anda miliki. Ini membantu anda memastikan anda dapat melakukan peranan tersebut.

Buat sedikit penyelidikan seperti berbual dengan rakan-rakan atau mereka yang sudah pun bekerja dalam sektor itu untuk memahami pekerjaan, sekitaran dan prospeknya. Sebagai alternatif, anda juga boleh mendekati pusat Careers Connect. Kami boleh membimbing anda mengenai langkah-langkah yang diperlukan untuk memperolehi kemahiran bagi mendapatkan anda peluang temuduga dengan bakal majikan.

Anda juga boleh mempertimbangkan untuk memohon bagi Program Laluan Pertengahan Kerjaya SGUnited (SGUP). Program ini menyediakan warga Singapura dengan peluang kerja sambil belajar sehingga 9 bulan dengan syarikat hos sambil menerima elaun latihan.

Terdapat juga Program Penukaran Profesional (PCP) yang merupakan program berstruktur merangkumi latihan bilik darjah yang dibimbing dan latihan di tempat kerja bagi melengkapi peserta dengan kemahiran yang diperlukan untuk memulakan pekerjaan baru secepat mungkin. Kini, terdapat sekitar 100 PCP meliputi lebih 30 sektor. Lungsuri www.wsg.gov.sg untuk maklumat lanjut.


Jika saya memilih Program Laluan Pertengahan Kerjaya SGUnited atau Program Penukaran Profesional (PCP), adakah saya akan ditawarkan pekerjaan sepenuh masa dengan syarikat setelah saya selesai menjalani latihan.


Di bawah Program Laluan Pertengahan Kerjaya SGUnited, jika sesuai, syarikat yang menyediakan peluang bekerja sambil berlatih itu boleh menawarkan kerja sepenuh masa kepada peserta.

Bagi Program Penukaran Profesional (PCP), terdapat dua bentuk penyertaan. Di bawah Program Penempatan Kerja dan Latihan, pekerja PMET diambil bekerja oleh majikan yang menyertai program tersebut dan diletakkan di dalam program untuk menjalani latihan bagi peranan kerja baru.

Satu lagi ialah Program Bekerja Sambil Berlatih yang membolehkan pekerja menjalani latihan sambil bekerja menerusi majikan yang menyertai program itu. Majikan yang menjadi hos itu boleh menawarkan pekerjaan sepenuh masa kepada individu yang cemerlang apabila mereka selesai menjalani program tersebut.


Kita sentiasa mendengar bahawa pasaran pekerjaan akan berubah pasca COVID-19. Apakah maksud ini sebenarnya? Boleh anda berikan saya contoh-contoh?


COVID-19 telah meninggalkan kesan mendalam kepada ekonomi Singapura dan menyebabkan perubahan pesat kepada cara kita bekerja dan bagaimana sesetengah perniagaan beroperasi. Implikasi keadaan ini kepada kita semua ialah kita mesti bersikap fleksibel dan bersedia menyesuaikan diri.

Ada antara kita yang mungkin kehilangan pekerjaan semasa tempoh ini atau mendapati keadaan sudah banyak berubah. Kita juga mungkin mula sedar bahawa kini wujud peranan baru, cara baru melakukan pekerjaan atau teknologi baru yang kita kurang kenali.

Ini bermakna, kita harus bersikap fleksibel dan bersedia menyesuaikan diri dalam pencarian kerja. Kita harus berfikiran terbuka dan mencuba peluang baru. Sebagai contoh, meskipun sektor seperti Pelancongan dan Hospitaliti terjejas, terdapat banyak peluang dalam sektor seperti Infokom dan Teknologi, perkhidmatan Perubatan dan sektor Sekitaran Binaan.

Ini mungkin merupakan sektor yang kurang dikenali sesetengah orang dan anda mungkin memilih untuk menunggu peluang kerja yang lain. Dalam keadaan ini, anda perlu meneliti komitmen kewangan anda; dan mengadakan perbincangan terbuka dengan diri anda sendiri dan/atau pasangan anda, untuk menilai jika anda mampu menunggu bagi peluang yang ideal. Namun, ia juga tidak bermakna anda harus menyertai apa juga sektor tanpa persediaan atau memohon bagi peranan tanpa berfikir panjang.

Anda juga harus mengemaskini diri dengan teknologi. Dalam keadaan kerja yang mengamalkan syif berasingan dan bekerja-dari-rumah, majikan kini melakukan temu duga menerusi video. Pastikan anda selesa dengan temu duga maya dan wadah yang sering digunakan seperti Zoom, Google Meet, Microsoft Teams dan sebagainya. Ini juga bermakna anda harus tahu anda memerlukan tempat yang senyap dan selesa untuk temu duga tersebut, memastikan peralatan anda berfungsi dan bagaimana menyampaikan diri anda menerusi kamera memandangkan anda tidak dapat bertemu dengan mereka yang melakukan temu duga secara fizikal.

Dunia pasca-COVID tidaklah semalap yang disangka, selagi anda tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri dan memanfaatkan peluang sebaik mungkin.


Saya mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam industri media, dan terkini kerja saya melibatkan media sosial. Saya mahukan perubahan dan telah memohon kepada beberapa syarikat dan agensi pemerintah, namun permohonan saya ditolak. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan mengenalpasti apakah masalah dan isu yang menjadi halangan bagi saya mendapat pekerjaan-pekerjaan tersebut?


Jangan patah semangat. Proses pencarian kerja bagi sesetengah pekerja mungkin tidak semudah yang lain memandangkan kita semua menghadapi cabaran kerjaya yang berbeza. Ayuh buat janji temu di pusat Careers Connect WSG di go.gov.sg/wsg-careersconnectreg2020 atau hubungi 6883 5885 untuk berbincang dengan Duta Kerjaya yang dapat memberi penilaian mengenai langkah yang telah anda lakukan dan apakah langkah seterusnya bagi anda.


Adakah Program Penukaran Profesional (PCP) dibuka kepada seseorang yang berusia 62 tahun? Saya bimbang saya akan membuang masa kerana usia saya sering menjadi penghalang dalam usaha saya mencari kerja.


Ya, malah ada mereka yang berusia 60-an tahun telah berjaya melakukan pertukaran. Sebagai contoh, Workforce Singapore telah membantu seorang pekerja berusia 60 tahun membuat pertukaran dari sektor perkapalan ke sektor logistik dan pengangkutan.

PCP dibuka kepada semua warga Singapura tanpa mengira usia, namun kelayakan bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian peranan, keperluan pekerjaan dan sebagainya. Pemerintah bekerjasama dengan majikan yang mempunyai amalan pengambilan pekerja progresif untuk menyediakan peluang pekerjaan bagi mereka yang berusia 40-an tahun, 50-an tahun dan lebih, bergantung kepada peranan pekerjaan. Anda juga boleh mencari majikan sedemikian di portal MyCareersFuture.

Menyertai semula pasaran pekerjaan dan mencari kerja adalah sesuatu yang tertekan bagi sesetengah orang, tidak kira usia. Bagaimanapun, langkah pertama ialah untuk memiliki minda yang positif dan sanggup mencuba.

Buat janji temu di pusat Careers Connect dan para pegawai kami akan membimbing anda dalam usaha mencari kerja, selangkah demi selangkah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >