Kebanyakan perniagaan dan kemudahan awam akan dibuka semula esok dengan bermulanya fasa kedua pembukaan pascapemutus litar jangkitan Covid-19. Sejak beberapa hari lalu, ramai daripada mereka sibuk menerapkan ciri-ciri keselamatan dan membuat penyesuaian bagi menyambut semula pelanggan. Berita Harian memapar melalui gambar persiapan dari tempat makan hingga perniagaan runcit dan kemudahan sukan.