Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Biaya hijau OCBC bagi SME dijangka meningkat 50% tahun ini, capai lebih $3b

Nov 17, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH yang dipinjamkan OCBC Bank kepada syarikat kecil dan sederhana (SME) bagi projek mampan dijangka meningkat 50 peratus dari tahun ke tahun, mencapai lebih $3 bilion menjelang akhir tahun ini.



Pinjaman ini akan meliputi lebih 600 SME di Singapura, Malaysia dan Hong Kong, dengan bilangan syarikat yang mengambil pinjaman sedemikian meningkat sebanyak tiga kali berbanding setahun lalu.



Sekitar 500 daripada SME itu datang dari Singapura. Sekitar separuh daripada pinjaman yang diambil di sini berkaitan persekitaran binaan, dan suku lagi berkaitan tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga.



Pinjaman itu meliputi sembilan kategori projek hijau, termasuk pengangkutan bersih, bangunan hijau dan tenaga boleh diperbaharui.



Bank itu telah melancarkan Rangka Kerja Kewangan Mampan SME OCBC pada November 2020 untuk menjadikan lebih mudah dan murah bagi syarikat memulakan rancangan kemampanan.



Menurut ketua perbankan komersial global OCBC, Encik Linus Goh, cabaran yang dihadapi SME termasuk kos, kekurangan kepakaran dan sumber terhad.



Walaupun masih pada peringkat awal, OCBC juga sedang menggerakkan rangka kerja mereka ke pasaran serantau.



Sebagai contoh, di Malaysia, tenaga boleh diperbaharui, khususnya tenaga solar, merupakan sektor utama.



Sepanjang tahun lalu, OCBC mengambil perhatian akan peralihan SME dalam cara mereka melihat kemampanan.



Encik Goh berkata sebelum ini kemampanan dianggap sebagai baik untuk dipunyai dan SME hanya bermotivasi untuk peralihan bagi mematuhi keperluan.



Namun, tahun lalu, SME kini melihat kemampanan sebagai pertimbangan risiko perniagaan, di mana ia merupakan pemacu utama daya maju perniagaan dan penakatan jangka panjang.



Encik Goh memberi contoh Yeap Transport, sebuah syarikat pengurusan kumpulan bas khusus dalam membawa kanak-kanak sekolah.



Oleh kerana pengangkutan membentuk sebahagian besar daripada jejak karbon sekolah, sekolah semakin memantau cara pengendali bas menangani isu itu.



"Dalam penilaian biasa, anda tidak akan menjangka Yeap Transport mematuhi sebarang keperluan hijau, atau kehilangan pelanggan. Bagaimanapun, mereka berkhidmat bagi sekolah asing, dan sekolah ini berada di hadapan dan mahu Yeap Transport memenuhi piawaian bas kenderaan elektrik (EV).



"Jadi Yeap kini berhadapan dengan isu: Sama ada melangkah untuk memenuhi piawaian bas EV atau kehilangan pelanggan," kata Encik Goh.



Yeap Transport kini menguruskan sekumpulan lebih 450 bas, dengan lebih separuh daripadanya jenis diesel sifar pelepasan Euro 6.



Ia juga menyasarkan untuk menggunakan 100 peratus tenaga boleh diperbaharui bgi operasinya menjelang 2040, dan mempunyai lebih 90 peratus bas elektrik menjelang 2050.



"Pemilik perniagaan tidak lagi boleh mengabai idea kemampanan," tambah Encik Goh, yang menjangka pinjaman hijau akan tumbuh pada kadar sama tahun hadapan.



OCBC juga sedang memulakan lebih banyak perkongsian industri untuk meluaskan lebih banyak alat mengukur pelepasan kendiri dan pelaporan kepada SME, yang boleh mengambil pinjaman hijau untuk kemudahan tertentu tetapi masih perlu meneruskan pemantauan pelepasan berterusan.



Salah satu contoh alat sedemikian ialah alat rekod karbon dan pelepasan oleh Global Compact Network Singapore.



Syarikat boleh menggunakannya untuk mengira data pengeluaran mereka bagi tenaga, air dan bahan buangan.



Rangka kerja OCBC itu disokong menerusi Skim Geran Pinjaman Hijau dan Berkaitan Dengan Kemampanan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Pinjaman hijau membantu membiayai projek baru atau sedia ada, manakala pinjaman berkaitan kemampanan menyediakan insentif harga bagi peminjam mencapai sasaran prestasi mesra alam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >