Bilangan kerja baru naik, tapi pemberhentian kerja meningkat
Premium
Bilangan kerja baru naik, tapi pemberhentian kerja meningkat
Kebanyakan pemberhentian berlaku dalam sektor perkilangan
Jun 14, 2019 | 5:30 AM
ELEKTRONIK LEMAH: Kelemahan dalam sektor perkilangan menyebabkan lebih ramai pekerja diberhentikan dengan 18 peratus daripada mereka dari sektor elektronik. - Foto fail -
WALAUPUN ekonomi tumbuh lebih perlahan, jumlah pekerjaan yang diwujudkan terus tumbuh di Singapura.
Sebanyak 10,700 pekerjaan diwujudkan pada suku pertama dari Januari hingga Mac tahun ini, lebih tinggi dari suku pertama tahun lalu apabila jumlahnya hanya mencecah 400, menurut perangkaan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam, yang tidak mengambil kira pembantu rumah.

