Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Bina kerjaya dalam khidmat pelanggan di SingPost

KHIDMAT POS naik mendadak sedang pandemik ubah cara hidup
Sep 28, 2020 | 05:30 AM



Meskipun beberapa sektor ekonomi setempat, seperti penerbangan dan pelancongan terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, ada juga sektor yang berdaya tahan dan mampu memperluas perniagaan, seperti dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan layanan pelanggan. Baru-baru ini, tiga pekerja dari sektor-sektor ini memberi peluang kepada BERITA HARIAN mengintip sejenak dalam tugasan harian mereka, dan berkongsi bagaimana mereka menyerlah dalam peranan masing-masing.



PADA 2015, Cik Jurainah Rahim meninggalkan kerjaya dalam bidang perkhidmatan pelanggan di SingPost untuk meneroka bidang baru.



Namun, sekitar dua tahun berkecimpung dalam bidang logistik penerbangan, Cik Jurainah mula resah dan cuba mencari peluang dalam bidang perkhidmatan pelanggan semula.



Secara kebetulan, beliau melihat iklan SingPost yang menawarkan jawatan sebagai konsultan khidmat pelanggan dan selepas memohon dan melalui proses wawancara, Cik Jurainah diambil bekerja di sana semula.



Kini, beliau dinaikkan pangkat sebagai ketua pasukan dan berkata pengalaman itu membantunya menjadi pegawai khidmat pelanggan yang lebih baik.



"Lima tahun lalu, saya memang berasa bahawa saya perlu mencuba bidang yang lain... saya ingin berbuat demikian sebelum usia saya menjangkau 40 tahun dan saya memutuskan untuk meninggalkan SingPost.



"Namun, selang dua tahun, saya berasa bahawa keperibadian saya dan kemahiran saya memanglah pada khidmat pelanggan dan saya kembali ke tempat kerja asal, tapi dalam peranan baru.



"Mungkin anda boleh katakan bahawa khidmat pelanggan sebati dengan naluri saya," tambah beliau lalu tertawa.



Cik Jurainah menyertai SingPost pada 2003 sebagai ejen pusat panggilan di mana beliau menjawab panggilan telefon daripada klien korporat dan pelanggan SingPost dan menyalurkan mereka ke pihak yang sesuai.



Selepas menyertai syarikat itu semula pada 2015, beliau menyertai pasukan konsultan khidmat pelanggan dan kurang dua tahun selepas itu, dinaikkan pangkat menjadi ketua pasukan.



Antara tugas beliau dan lima lagi anggota pasukannya adalah menjadi barisan depan pertama selepas ejen di pusat panggilan, untuk membantu pelanggan mencari huraian bagi isu yang mereka hadapi.



Ini termasuk menjejak kiriman, menyelesaikan isu khusus yang dihadapi pelanggan dan lain-lain perkara.



Antara tugas hariannya juga adalah memastikan permintaan khidmat pelanggan dan maklum balas diuruskan sewajarnya dan dalam masa yang diperuntuk.



Menurut SingPost, Cik Jurainah juga menguruskan kes-kes yang boleh melibatkan unit perniagaan lain di syarikat itu dan memerlukan beliau menyelaraskan rundingan dan respons syarikat.



Keadaan kerja sedemikian serta komitmen kepada keluarga boleh menambah stres yang dipikulnya, kata Cik Jurainah.



Keluarganya - terdiri daripada beliau dan suami serta 10 orang anak mereka yang berusia antara 25 bulan dengan 22 tahun.



Menurut Cik Jurainah, keadaan lebih mencabar apabila anak-anaknya masih kecil dan beliau terpaksa mengimbangi tugas sebagai ibu dan pekerja.



Buat masa ini, anak-anaknya lebih dewasa dan dapat membantu membuat kerja rumah, ujar beliau.



Mujurlah, beliau mempunyai majikan, rakan kerja dan keluarga yang amat memahami, kata Cik Jurainah.



Ini terutama kerana anaknya yang bongsu mempunyai masalah perubatan dan perlu menjalani sesi terapi yang kerap di hospital.



"Penyelia dan rakan kerja saya amat memahami dan mereka memberi saya kelonggaran untuk menguruskan anak saya.



"Namun saya tahu saya tidak boleh mengambil kesempatan dan menggunakan sebab keluarga sebagai alasan untuk tidak memberikan usaha atau komitmen saya di tempat kerja," kata Cik Jurainah.



"Jika saya ingin dilayan setara dengan pekerja lain, saya perlu memberikan komitmen yang setara juga dan tidak boleh memberikan usaha yang tidak setimpal," tambah beliau, yang telah menjalani latihan semasa bekerja untuk memperdalam operasi bahagian berbeza perniagaan di SingPost.



Cik Jurainah juga pernah dihantar menjalani kursus bagi memupuk kemahiran lain. Ini termasuk mempertingkat kemahiran perhubungan beliau dan keupayaannya menguruskan pasukan.



Menurut Cik Jurainah, beliau juga perlu memberi tumpuan kepada butiran setiap kes dengan teliti supaya dapat memberi respons yang sebaik-baiknya.



Matlamatnya yang diburunya setiap hari adalah mudah.



"Jika boleh, saya ingin mengubah setiap aduan pelanggan menjadi pujian, kata beliau.




JIWA DAN KEMAHIRAN DALAM KHIDMAT PELANGGAN



"Lima tahun lalu, saya memang berasa bahawa saya perlu mencuba bidang yang lain... saya ingin berbuat demikian sebelum usia saya menjangkau 40 tahun dan saya memutuskan untuk meninggalkan SingPost. Namun, selang dua tahun, saya berasa bahawa keperibadian saya dan kemahiran saya memanglah pada khidmat pelanggan dan saya kembali ke tempat kerja asal, tapi dalam peranan baru. Mungkin anda boleh katakan bahawa khidmat pelanggan sebati dengan naluri saya."
- Cik Jurainah Rahim.




BANTUAN MENCARI KERJA DAN PELUANG LATIHAN, TERMASUK BAGI GOLONGAN PMET



  • INISIATIF PEKERJAAN SGUNITED

- Sekitar 40,000 pekerjaan disediakan tahun ini

- https://www.wsg.gov.sg/SGUnited.html



  • PROGRAM PENEMPATAN DAN LATIHAN

- Program kerja sambil belajar; peserta meluangkan sebahagian masa kerja menjalani latihan

- https://e2i.com.sg/individuals/place-and-train-programme/



  • PROGRAM LALUAN PERTENGAHAN KERJAYA SGUNITED

- Sebanyak 14,500 program latihan disediakan khusus bagi mereka yang ingin cari kerja agar mereka boleh mendapat pengalaman industri yang relevan sementara menunggu pekerjaan tetap

- Boleh terima elaun latihan bulanan sehingga $3,000 sebulan; sebanyak 80 peratus gaji dibayar pemerintah dan 20 peratus dibayar organisasi yang tawarkan latihan

- Selepas subsidi pemerintah, bayaran kursus adalah $500 bagi program selama enam bulan dan $1,000 bagi program 12 bulan. Yuran kursus boleh menggunakan Kredit SkillsFuture



  • PROGRAM PENUKARAN PROFESIONAL (PCP)

- Bagi golongan pertengahan kerjaya PMET; bantu pekerja raih kemahiran baru dan tukar kerjaya dalam sektor baru, dengan subsidi gaji dan yuran kursus

- https://conversion.mycareersfuture.sg



  • PROGRAM PELATIH SGUNITED

- Bagi graduan; 21,000 tempat latihan. Lebih 1,000 pertubuhan menawarkan lebih 11,000 tempat latihan, termasuk syarikat Great Eastern, Carousel

- www.mycareersfuture.sg



  • PROGRAM KEMAHIRAN SGUNITED

- 30,000 tempat latihan; 6 hingga 12 bulan

- Kursus latihan sepenuh masa pada kadar subsidi; elaun bulanan $1,200 semasa latihan

- https://www.ssgwsg.gov.sg/sgunitedjobsandskills.html



  • PROGRAM PELATIH PERTENGAHAN KERJAYA SGUNITED

- Bagi golongan pertengahan kerjaya tidak bekerja; 4,000 tempat.

- https://www.ssg-wsg.gov.sg/sgunitedjobsandskills.html



  • TALIAN BANTUAN

- Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC mempermudah warga mendapatkan pekerjaan. Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri https://e2i.com.sg/

- Majlis Jaminan Kerja NTUC membantu pekerja dan golongan karyawan dan eksekutif (PME) dengan pekerjaan baru sebelum mereka diberhentikan

Untuk maklumat lanjut, lungsuri https://e2i.com.sg/individuals/jsc

- NTUC Learning Hub menawarkan pelbagai kursus bersubsidi untuk pekerja pertingkat kemahiran

Untuk maklumat lanjut, lungsuri https://www.ntuclearninghub.com/ atau hubungi 6336-5482




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >