Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bintan terima banyak pertanyaan firma S'pura, asing bangun kilang makanan halal

Sep 26, 2022 | 6:59 PM
PILIHAN LOKASI: Hab Makanan Halal Bintan menawarkan lokasi bagi syarikat menempatkan kilang pemprosesan makanan dan minuman di sana. - Foto HAB MAKANAN HALAL BINTAN
PILIHAN LOKASI: Hab Makanan Halal Bintan menawarkan lokasi bagi syarikat menempatkan kilang pemprosesan makanan dan minuman di sana. - Foto HAB MAKANAN HALAL BINTAN -

DENGAN jarak yang dekat antara Bintan dengan Singapura, Hab Makanan Halal Bintan semakin menerima banyak pertanyaan oleh syarikat-syarikat Singapura dan luar negara yang ingin menempatkan kilang halal mereka di sana. Bagi syarikat asing, ia merupakan satu sinergi untuk mereka menjadikan Singapura sebagai ibu pejabat (HQ) dan pusat logistik, dan Bintan sebagai pusat perkilangan makanan dan minuman halal, kata ketua pelaburan pemasaran Riau Gallant Venture, Encik Edmund Lai, yang mengetuai usaha tersebut dalam temu bual dengan Berita Harian (BH). Malah, tahun lalu, satu perjanjian tiga pihak dimeterai antara Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), Enterprise Singapore (ESG) dan sektor privet meliputi Gallant Venture, Sembcorp Development dan Capitaland bagi mempromosikan rangkaian taman perindustrian bagi pengilang yang berminat melabur dalam Singapura dan rantau ini. Kerjasama itu dikenali sebagai Pakatan Pengilangan Asia Tenggara (SMA). Pada 2018, pemerintah Indonesia telah mengenal pasti Bintan, Batam, Jakarta dan Serang di Banten sebagai zon perindustrian bagi memproses makanan dan minuman (F&B), kosmetik dan farmaseutikal halal. Baca laporan penuh di Berita Harian esok (27 Sep).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg