Bintan terima banyak pertanyaan firma S'pura, asing bangun kilang makanan halal
Premium
Bintan terima banyak pertanyaan firma S'pura, asing bangun kilang makanan halal
Sep 27, 2022 | 5:30 AM
DENGAN jarak yang dekat antara Bintan dengan Singapura, Hab Makanan Halal Bintan semakin menerima banyak pertanyaan oleh syarikat-syarikat Singapura dan luar negara yang ingin menempatkan kilang halal mereka di sana.
Bagi syarikat asing, ia merupakan satu sinergi untuk mereka menjadikan Singapura sebagai ibu pejabat (HQ) dan pusat logistik, dan Bintan sebagai pusat perkilangan makanan dan minuman halal, kata ketua pelaburan pemasaran Riau Gallant Venture, Encik Edmund Lai, yang mengetuai usaha tersebut dalam temu bual dengan Berita Harian (BH).

