Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Boleh namakan benefisiari bukan Islam dalam wasiat

Feb 2, 2025 | 5:00 AM
Rakan kongsi pengurusan dan peguam syarikat guaman A Rohim Noor Lila LLP, Encik Abdul Rohim Sarip, menjawab antara soalan yang diajukan semasa webinar Berita Harian mengenai pencalonan individu bukan Islam dalam wasiat.
Rakan kongsi pengurusan dan peguam syarikat guaman A Rohim Noor Lila LLP, Encik Abdul Rohim Sarip, menjawab antara soalan yang diajukan semasa webinar Berita Harian mengenai pencalonan individu bukan Islam dalam wasiat. - Foto fail

Baru-baru ini, Berita Harian telah menganjurkan webinar pertamanya dengan topik mengenai perancangan harta pusaka. Rakan kongsi pengurusan dan peguam syarikat guaman A Rohim Noor Lila LLP, Encik Abdul Rohim Sarip, menjawab antara soalan yang diajukan semasa webinar itu. Ikuti laporan berikut.

Soalan: Apakah implikasi menamakan individu bukan Islam sebagai benefisiari dalam wasiat atau instrumen perancangan harta pusaka lain dan bagaimanakah ia sejajar atau bercanggah dengan hukum faraid?

Jawapan: Di bawah undang-undang Islam, orang Islam boleh memberikan sehingga sepertiga harta pusakanya kepada mereka yang bukan benefisiari termasuk individu bukan beragama Islam.

Hasrat untuk melakukan sedemikian adalah sah sepenuhnya dalam undang-undang Islam.

Selain itu, nominasi Tabung Simpanan Pekerja (CPF) juga boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuk individu bukan Islam.

Selain itu, anda juga boleh membuat pencalonan boleh dibatal (revocable nomination) untuk insurans, yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuk individu bukan Islam.

Apabila pemilik polisi membuat pencalonan yang boleh dibatalkan, mereka akan terus mengekalkan hak dan pemilikan penuh ke atas polisi tersebut.

Ini bermakna mereka boleh menukar atau membatalkan pencalonan pada bila-bila masa tanpa memerlukan persetujuan waris atau ‘nominee’ (penama).

Dalam pada itu, kami juga berpandangan bahawa ia tidak bercanggah dengan hukum faraid jika sehingga sepertiga daripada harta pusaka pewasiat diberikan kepada benefisiari.

Jika melebihi sepertiga, maka ia hanya boleh dilakukan sekiranya semua waris faraid bersetuju.

Dalam kes ini, mereka boleh mempertimbangkan untuk melaksanakan Surat Ikatan Susunan Keluarga atau Deed of Family Arrangement.

Surat Ikatan Susunan Keluarga boleh digunakan untuk mengubah syarat wasiat, tertakluk kepada persetujuan semua benefisiari yang dinamakan dalam wasiat, dengan mengagihkan semula aset si mati mengikut susunan keluarga.

Namun, kesemua pihak dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang sebelum menandatangani surat tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg