Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENAGANANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Boon Lay Power Nasi Lemak terus usahakan lebih banyak mesin layan diri

Oct 22, 2020 | 05:30 AM



SEBELUM pandemik Covid-19 melanda, perniagaan Boon Lay Power Nasi Lemak sudah pun mengambil langkah mencuba model perniagaan baru menerusi penjualan makanan daripada mesin layan diri bermula tahun lalu.



Meskipun dengan situasi Covid-19 sekarang, syarikat itu mampu melancarkan sekitar 15 mesin layan diri di serata Singapura.



Namun, sambutan bagi mesin tersebut bergantung kepada lokasi dan perniagaan itu pada awalnya turut terjejas dengan Covid-19, kata pemilik Boon Lay Power Nasi Lemak, Encik Badrol Hisam Ramli.



Mesin yang diletakkan di estet perumahan kini mendapat lebih banyak sambutan berbanding mesin yang diletakkan di kawasan pejabat disebabkan ramai pekerja kini bekerja di rumah.



"Bila terkena Covid-19, kami ingatkan perniagaan mesin layan diri tak terjejas, tetapi terjejas juga kerana tidak ramai yang keluar bekerja.



"Sekarang keadaannya dah semakin pulih, perniagaan mesin diri bertambah baik," ujar Encik Badrol.



Pengurus Boon Lay Power, Encik Farhan Hamzah, berkata meskipun ada mesin yang terpaksa ditarik balik kerana kurang mendapat sambutan, syarikat itu tidak berdiam diri, bahkan mencuba beberapa lokasi baru untuk menarik lebih ramai pembeli.



"Sasaran kami adalah untuk adakan 40 mesin di serata Singapura. Kami 'on track' untuk mencapai sasaran itu," kata Encik Farhan.



Pada masa yang sama, beliau akur pihaknya juga tidak terburu-buru dan mengambil pendekatan berhati-hati dalam memilih tempat untuk meletakkan mesin layan diri tersebut.



Antara tempat yang mempunyai sambutan yang baik adalah kawasan rumah privet kondominium, dan baru-baru ini syarikat itu telah memperkenalkan atau merancang meletakkan mesin itu di kondominium di Siglap, Yishun dan Bukit Timah.



Boon Lay Power Nasi Lemak, yang ditubuhkan sejak 1971, melancarkan mesin layan diri pertamanya di Heartbeat@Bedok di Bedok North tahun lalu.



Menerusi mesin itu, orang ramai boleh mendapatkan hidangan seperti nasi lemak, siput sedut, ayam masak merah, rendang daging lembu, sambal udang dan sambal sotong serta nasi putih pada bila-bila masa.



"Ini satu perkembangan yang sudah lama kami rancang sejak lima hingga 10 tahun lalu. Dahulu, mesin seperti itu lebih mahal. Sekarang, ia lebih dimampui.



"Kami masih lagi dalam percubaan. Kami percaya masakan Melayu harus lebih mudah didapati, sama ada dalam bentuk beku atau segar.



"Pada masa yang sama, ia membolehkan kami memperkenalkan masakan Melayu kepada masyarakat lain," ujar Encik Farhan.



Hidangan tersebut dibekukan sebelum dihantar ke mesin layan diri di serata Singapura.



Encik Farhan akur ada pelanggan yang masih tidak biasa dengan makanan dibeku yang dipanaskan, tetapi beliau fikir mereka mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri kepada konsep yang agak baru itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >