Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bos terpaksa singsing lengan demi ringankan tugas pekerja lain

Projek diterima Medina naik dua kali ganda; inilah peluang bagi firma kecil ubah elok ukir nama sendiri
Nov 28, 2021 | 05:30 AM



SUDAH lebih setahun Encik Khai Ruzzaimy bekerja lembur, mengorbankan masa berehat dan bersama keluarga, setelah perniagaan ubah eloknya tiba-tiba melonjak dalam pandemik ini.



Pengarah dan pereka dalaman di Medina Pte Ltd itu akan mula bekerja seawal 8 pagi, meninjau kerja-kerja yang dijalankan di lokasi dan menemui klien, sebelum pulang ke rumah setelah matahari lama terbenam.



Apabila seorang daripada tiga pekerjanya dijangkiti Covid-19, Encik Khai, 37 tahun, menyingsing lengan bagi membantu meringankan tugas yang dilakukan baki dua pekerja asal Bangladeshnya itu.



"Kami tidak dapat mencari pengganti pekerja sepanjang 10 hari pekerja kami itu terpaksa diasingkan disebabkan oleh Covid-19. Ini kerana kalau kami nak pinjam pekerja daripada syarikat lain, mereka pun kekurangan pekerja," kata Encik Khai yang menempatkan pekerjanya itu di sebuah apartmen kondominium.



"Jadi saya dan rakan kongsi saya menggantikan tempat pekerja kami itu. Kami lakukan kerja-kerja membersih, kerja sentuhan cat baik pulih dan mana-mana kerja yang kami boleh buat," tambahnya.



Syarikatnya yang kini mempunyai tiga pereka dalaman itu menerima sekitar 10 projek ubah elok dalam sebulan sejak pandemik melanda - peningkatan dua kali ganda berbanding sebelumnya.



Encik Khai berkata syarikatnya telah mengalami 'masa sibuk' secara terus-menerus sejak lebih setahun lalu, dan buat masa ini rata-rata menerima projek mengubah suai seluruh rumah, sama ada bagi flat Bina Ikut Tempahan (BTO), flat jualan semula atau kediaman privet.



Ini memandangkan masa mengubah suai seluruh rumah, dan melakukan bahagian tertentu seperti dapur dan tandas, mengambil masa yang lebih kurang sama, katanya.



Beliau menganggarkan, dengan sempadan kini dibuka secara bertahap, pekerja warga Malaysia yang berada di Singapura kini akan pulang bercuti selama sekitar dua, tiga bulan semasa musim perayaan Tahun Baru Cina akan datang.



Pada masa yang sama, warga Malaysia yang berada di sana akan bergegas masuk ke Singapura untuk bekerja, dan akan terdapat tempoh penyesuaian yang mungkin menjejas rentak pekerjaan.



Walaupun ini akan menjejas pekerja subkontraktor secara langsung, syarikat ubah suai sepertinya juga akan terkena tempiasnya, kata Encik Khai.



"Kami menjangkakan rentak kerja akan kembali rancak dalam separuh kedua tahun depan. Syarikat lebih besar akan kembali menerima lebih banyak projek, dan syarikat kecil akan kembali mempunyai bilangan projek yang sedikit.



"Ini adalah masanya untuk kami bekerja keras, dan mencipta nama untuk diri kami. Jadi tak mengapalah kalau sekarang kami perlu bekerja 12 jam kerana ini adalah peluang untuk syarikat kecil membuktikan keupayaan kami," katanya yang menubuhkan syarikat itu pada 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >