Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Buat penyesuaian agar pelanggan selesa jamu selera

Jun 18, 2020 | 5:30 AM
MEMBUAT PENYESUAIAN: Sebagai persiapan membuka semula perniagaan, Encik Hazmi Zin (tengah) telah mengambil beberapa langkah tambahan bagi menangani keprihatinan pelanggannya. Ini termasuk memastikan pelanggan membuat tempahan tempat sebelum menjamu selera, menyediakan perkakas pakai buang serta pelekat di meja bagi menjaga jarak selamat antara pelanggan. - Foto RUMAH MAKAN MINANG
MEMBUAT PENYESUAIAN: Sebagai persiapan membuka semula perniagaan, Encik Hazmi Zin (tengah) telah mengambil beberapa langkah tambahan bagi menangani keprihatinan pelanggannya. Ini termasuk memastikan pelanggan membuat tempahan tempat sebelum menjamu selera, menyediakan perkakas pakai buang serta pelekat di meja bagi menjaga jarak selamat antara pelanggan. - Foto RUMAH MAKAN MINANG -

WALAUPUN beliau tidak sabar mahu menyambut pelanggan untuk menjamu selera di restorannya, pengurus Rumah Makan Minang, Encik Hazmi Zin, mengatakan bahawa keselamatan pelanggan yang akan mengunjungi restoran itu adalah keutamaannya.

Esok menandakan hari pertama Fasa Kedua pascapemutus litar dengan pelanggan dapat menjamu selera di restoran atau kedai makan itu.

Sebagai persiapan, Encik Hazmi berkata terdapat beberapa langkah tambahan yang telah dilaksanakan demi menangani keprihatinan pelanggan yang makan di restoran itu.

Ini termasuk memastikan pelanggan membuat tempahan tempat sebelum menjamu selera, menyediakan perkakas pakai buang serta pelekat di meja bagi menjaga jarak selamat antara pelanggan.

"Sebelum pembukaan, kami telah membuat tinjauan bagi mendapat maklum balas daripada pelanggan supaya kami dapat menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk mereka menjamu selera.

"Ada antara mereka yang takut menggunakan perkakas, cawan dan pinggan kami, jadi kami akan membasmi kuman itu dengan menggunakan air panas dan sabun. Sekiranya mereka masih tidak selesa, kami akan menyediakan pinggan dan perkakas pakai buang," kata Encik Hazmi.

Menurutnya, walaupun beliau bersyukur dapat meneruskan perniagaan seperti biasa, beliau tidak dapat menjangkakan berapa ramai yang datang dan mengagak bagaimana mereka dapat mengawal kesesakan.

Oleh itu, pengurus cawangan di Rumah Makan Minang, Cik Syahidah Zin, menggesa pelanggan agar membuat tempahan sebelum datang menjamu selera supaya pasukannya dapat mengawal kesesakan itu.

"Ramai pelanggan kami sebenarnya datang, makan dan pulang. Mereka tidak perlu membuat tempahan. Tetapi disebabkan keadaan kini, bagi memastikan mereka tidak kecewa, saya rasa ia lebih baik mereka menelefon untuk membuat tempahan supaya kami dapat memperuntukkan meja bagi mereka.

"Selain itu, semasa mereka membuat tempahan, pelanggan juga boleh menempah lauk yang mereka ingin makan sebelum mereka sampai. Dengan ini, ia juga bermakna, pelanggan tidak perlu beratur dan mengurangkan risiko semasa membuat pesanan mereka," jelas Cik Syahidah sambil mengatakan bahawa mereka masih akan menerima pelanggan yang tidak membuat tempahan.

Mengongsi dengan lebih lanjut, Encik Hazmi berkata mereka kini juga sedang memantau sekiranya perlu memasang pelindung meja akrilik bagi mereka yang makan berseorangan.

"Ini semua pengalaman baru bagi kami. Buat masa ini, pasukan saya akan terus meninjau dan memerhatikan keperluan pelanggan kami. Sekiranya kami perlu mengambil langkah tambahan seperti memasang pelindung meja akrilik, kami akan lakukannya," ujar Encik Hazmi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg