RESTORAN menawarkan sajian bufet kini mula menarik nafas lega selepas perniagaan mula rancak menyusuli langkah membenarkan semula pelanggan mengambil makanan sendiri di restoran sedemikian.

Dua restoran bufet milik syarikat Melayu/Islam, umpamanya, mula mencatat kenaikan perniagaan antara 30 hingga 85 peratus daripada paras semasa pandemik Covid-19 melanda sejak pelanggan dibenarkan mengambil makanan sendiri di restoran bufet mulai 30 April.