Premium
Buka restoran 'kampung' dek mahu kembalikan nostalgia
Jan 11, 2017 | 5:30 AM
BAK DI KAMPUNG: Inilah serambi indah yang dihiasi dan dipasang sendiri dua usahawan Encik Mohamed Redhza (kiri) dan Encik Farid Khan bagi restoran PermaiSeri yang terletak di Ridout Tea Garden dekat Queensway. - Foto SHAHIDA SARHID -
PENGALAMAN manis dan nostalgia yang menggamit jiwa semasa membesar di kampung Lorong Beradab di Yio Chu Kang masih lagi segar dalam ingatan Encik Farid Khan Kaim Khan.
Menurut usahawan 62 tahun ini, bukan beliau seorang sahaja yang masih teringat keindahan zaman duduk di kampung dulu, bahkan ramai teman seangkatannya turut rindukan kehidupan kampung yang tenang, aman dan menyeronokkan.

