SEMASA mula bekerja bersama syarikat syarikat insurans takaful pada 1995, Cik Sharifah Noor Aishah Syed Azmi menemui ramai orang Melayu berpenyakit "tiga serangkai" - darah tinggi, ginjal dan kencing manis.

"Ini amat membuka mata saya tentang peri pentingnya menyebarkan mesej mengenai bahaya penyakit tiga serangkai darah tinggi, buah pinggang dan kencing manis, dan cara mengawalnya," ujar Cik Sharifah Noor.