Premium
Bukan PMET terjejas lebih teruk oleh Covid-19: MOM
Kadar pengganguran golongan itu naik kepada 6.4% Jun lalu, sementara bagi PMET 3.5%
Dec 4, 2020 | 5:30 AM
LEBIH RAMAI PEKERJA BUKAN PMET DI INDUSTRI TERJEJAS COVID-19: Pekerja menjaga jarak selamat sambil membuat catatan masuk dan keluar di kilang PepperL + Fuchs di Ayer Rajah Mei lalu. Industri lebih terjejas oleh Covid-19 mempunyai jumlah pekerja bukan PMET lebih tinggi. - Foto fail -
PANDEMIK Covid-19 menjejas lebih ramai pekerja bukan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET), dengan kadar pengganguran penduduk bagi golongan itu meningkat kepada 6.4 peratus Jun lalu, daripada 4.7 peratus setahun lalu.
Ini kerana industri yang lebih terjejas oleh pandemik itu mempunyai jumlah pekerja bukan PMET lebih tinggi, menurut perangkaan tahunan awal yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.

