Premium
Bukan satu, tapi buka 2 cawangan baru di Marina Bay
Syarikat makanan dan minuman (F&B) tempatan giat melaksanakan rancangan memperluaskan lagi perniagaan mereka sedang ekonomi negara dibuka semula dan peraturan Covid-19 dilonggarkan. Mereka melihat ia sebagai peluang baik untuk bangkit semula lebih kukuh selepas pandemik ini. BERITA HARIAN mewawancara pengerusi Malayan Council Group yang akan membuka dua restoran baru di kawasan Marina Bay, dan pemilik Bakes by NY yang membuka kedai ketiganya tahun lalu.
May 16, 2022 | 5:30 AM
BUKA RESTORAN BARU: Pengerusi Malayan Council Group, Encik Mohamad Hafiz Salim al-Khatib, berkata kumpulannya akan membuka dua restoran baru di kawasan Marina Bay - di Esplanade (dalam gambar) dan di One Fullerton pada separuh kedua tahun ini. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
WALAUPUN masih terdapat ketidakpastian ekonomi dan keprihatinan inflasi, Encik Mohamad Hafiz Salim al-Khatib tidak berundur, malah mengambil langkah berani melaksanakan rancangan beliau untuk membuka bukan hanya satu, tetapi dua restoran baru di kawasan Marina Bay.
Pengerusi Malayan Council Group itu, yang mengendalikan rangkaian restoran The Malayan Council dan The Fortune Cookie, berkata syarikatnya akan membuka sebuah restoran bertemakan masakan asal Britain di Esplanade pada Julai ini.

