Premium
Cathay Pacific dijangka buang pekerja, jimatkan kos
Jan 17, 2017 | 5:30 AM
HADAPI SAINGAN SENGIT: Cathay Pacific, yang menghadapi saingan sengit daripada syarikat penerbangan China seperti China Eastern Airlines dan China Southern Airlines, dijangka mendedahkan hasil semakan mengenai kedudukan syarikat ini minggu ini. - Foto BLOOMBERG -
CATHAY Pacific Airway dijangka membuang pekerja, mengurangkan kos dan memindahkan penerbangan kepada cabang penerbangan jangka pendek apabila ia mendedahkan hasil semakan minggu ini, sedang ia bergelut dengan persaingan sengit daripada syarikat penerbangan China lain.
Syarikat penerbangan Hongkong yang berusia 71 tahun itu kini berdepan dengan tekanan bersaing dengan syarikat penerbangan agresif yang disokong pemerintah, serta menempatkan dirinya dalam perjanjian 'udara terbuka' yang dimeterai di antara China dengan Australia.

