Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

CEO DBS jual saham nilai $12.6j ketika harga capai paras tertinggi

Nov 12, 2024 | 11:31 AM
Dengan transaksi pada 7 dan 8 November, pegangan saham semasa DBS Encik Piyush Gupta telah berkurang daripada 2.2 juta saham kepada 1.9 juta saham.
Dengan transaksi pada 7 dan 8 November, pegangan saham semasa DBS Encik Piyush Gupta telah berkurang daripada 2.2 juta saham kepada 1.9 juta saham. - Foto ST

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank DBS yang akan bersara, Encik Piyush Gupta, telah menjual sebilangan saham DBS miliknya pada 7 dan 8 November, di tengah-tengah kenaikan saham bank tersebut yang menjangkau paras nilai $40 setiap saham.

Dalam pemfailan bursa pada 11 November, bank itu mendedahkan bahawa Encik Gupta telah menjual 300,000 saham sepanjang dua hari itu – 100,000 saham pada nilai $41.7513 setiap saham pada 7 November, dan 200,000 saham pada nilai $42.2023 setiap saham pada 8 November.

Keseluruhan transaksi itu bernilai $12.6 juta, dan mengurangkan pegangan saham semasa Encik Gupta, daripada 2.2 juta saham DBS sebelum ini, kepada 1.9 juta saham, lapor The Straits Times.

Transaksi itu dilakukan di tengah-tengah kenaikan saham bank-bank Singapura setelah prestasi suku ketiga 2024 yang lebih baik daripada jangkaan.

Saham DBS, UOB dan OCBC terus melonjak pada 11 November, mencatat paras tertinggi baru pada penutupan dagangan.

Saham DBS naik 0.8 peratus atau 35 sen kepada $42.75, saham OCBC naik 1.6 peratus atau 26 sen kepada $16.32, manakala saham UOB merupakan saham paling untung dalam Indeks Straits Times, naik 2.7 peratus atau 96 sen kepada $36.65.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg