Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

CEO PropNex Ismail ketuai badan promosi keusahawanan mulai tahun depan

Dec 07, 2022 | 05:30 AM



KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor, akan menjadi presiden baru pertubuhan bagi mempromosi keusahawan di Singapura, Spirit of Enterprise (SOE), mulai tahun depan.



Beliau menggantikan Cik Rachel Wong, yang juga presiden Marunda Utama Engineering.



Mengulas mengenai pelantikan itu, Encik Ismail berkata beliau berasa berbesar hati dilantik mengetuai pertubuhan tidak mencari untung itu, dan berharap dapat menyumbang dalam memupuk generasi usahawan baru di Singapura.



SOE ditubuhkan pada 2003 bagi mempromosi dan memajukan semangat keusahawanan di sini dengan mengiktiraf usahawan menjalankan perniagaan kecil dan sederhana.



Ia juga mempunyai program bagi memberi inspirasi kepada warga Singapura, khususnya golongan muda, dengan menyelaras interaksi, komunikasi dan perkongsian pengalaman dan pengetahuan antara mereka dengan usahawan.



SOE antara lain mengiktiraf usahawan SME di Singapura setiap tahun dan mendapatkan pelajar bagi menemu ramah pemilik SME itu.



Menurut Encik Ismail, SOE telah mereka program berkesan seperti Program Keusahawanan Pelajar dan Program Penemu ramah Pelajar bagi memupuk cinta terhadap keusahawanan dari usia muda.



"Harapan saya ialah dapat meneruskan amalan baik SOE ini di samping memperkenal sesuatu baru dalam pertubuhan ini.



"Rancangan saya ialah mewujudkan latihan tersusun dan program pementoran bagi usahawan yang ingin belajar kemahiran bagi meningkatkan skala perniagaan mereka dari sebuah syarikat kecil dan sederhana SME kepada sebuah syarikat besar, dan akhirnya menyerantau dan mungkin disenaraikan di Bursa Singapura (SGX) satu hari nanti,'' katanya kepada Berita Harian.



Beliau ingin mengongsi pengalamannya membangunkan perniagaan Nooris Consultants yang ditubuhkan bersama isterinya menjadi sebuah firma agensi hartanah terbesar dengan lebih 15,000 ejen hartanah di Singapura, Indonesia, Malaysia, Vietnam, Kemboja dan Australia.



"Saya yakin saya dapat membantu usahawan ini dalam program latihan mereka," ujarnya. Lebih banyak maklumat mengenainya akan diumum suku kedua tahun depan.



Secara umum, Encik Ismail berkata keusahawanan di Singapura telah tumbuh dengan rancak.



Namun, tambahnya, banyak SME terhambat dek masalah aliran tunai dan pertumbuhan mendatar selepas beberapa tahun.



"Oleh itu, latihan dan pementoran amat penting bagi memberi mereka hala tuju jelas, pengetahuan mengenai proses dan kemahiran betul untuk bergerak ke tahap selanjutnya,'' kata Encik Ismail, sambil menambah peniaga di Singapura cukup bertuah kerana mendapat sokongan pemerintah, yang menyediakan, antanya, pinjaman, geran dan skim bagi membaiki perniagaan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >