Perbankan Islam dorong CIMB ke arah kemampanan, mesra alam
Premium
Perbankan Islam dorong CIMB ke arah kemampanan, mesra alam
Aug 20, 2022 | 5:30 AM
HARAP MAJU BERSAMA: Dalam dunia pascapandemik, harapan Encik Victor Lee ialah bank CIMB dan kakitangannya dapat "berkembang maju bersama sebagai sebuah pasukan, mencapai sasaran, dan mempunyai keseimbangan kerja-kehidupan agar ia menjadi mampan" - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
PRINSIP kemampanan dan perbankan Islam amat serupa dengan satu sama lain, dengan kedua-duanya memberi penekanan pada kepentingan melindungi alam sekitar dan mengelakkan gejala sosial.
Dek persamaan itu, CIMB Singapore telah memutuskan untuk memberi tugas kepada kumpulan perbankan Islamnya mengendalikan juga hal berkaitan kemampanan bagi bank itu, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Encik Victor Lee.

