Cipta peranti bantu elak pembaziran hidangan bufet
Jan 25, 2021 | 05:30 AM
Perubahan iklim yang semakin ketara dan impaknya terhadap kehidupan manusia telah mencetus lebih banyak idea perniagaan lebih inovatif. Malah, peluang dalam industri sekitaran dan kemampanan kini terbuka lebih luas, didorong trend pengguna yang semakin berubah. BERITA HARIAN mengetengahkan beberapa profil dalam industri itu.
IDEA mencipta sebuah peranti untuk mengatasi pembaziran timbul apabila beliau berada di sebuah restoran bufet dan menyedari makanan masih dimasak sebelum restoran ditutup malam itu.