Topik diikuti
Pergi ke BHkuCipta sofwe realiti maya bagi industri rekaan dalaman
Premium
Cipta sofwe realiti maya bagi industri rekaan dalaman
Industri teknologi telah menerima banyak perhatian media sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas beberapa syarikat gergasi teknologi mengurangkan jumlah tenaga kerja mereka di merata dunia. Ini sebagai langkah penyesuaian dalam iklim ekonomi pascapandemik. Bagaimanapun keadaan ini tidak menghambat semangat keusahawanan beberapa anak watan untuk meneroka sektor teknologi dan mencipta nilai untuk pengguna menerusi teknologi. BERITA HARIAN melaporkan. Klien boleh reka rumah idaman guna model pelan rumah 3D, lakukan visualisasi menerusi alat VR
Cipta sofwe realiti maya bagi industri rekaan dalaman
GUNA VR: (Dari kiri) Encik Muhd Fauzi dan Encik Muzhaffa Kamal, bersama salah seorang pekerjanya mereka yang menunjukkan cara penggunaan teknologi VR dalam khidmat yang ditawarkan kepada pengguna. - Foto BH oleh KHALID BABA -
Mar 28, 2023 | 5:30 AM
SEMASA mengendalikan perniagaan mereka dalam bidang ubah elok secara berasingan, Encik Muzhaffa Kamal dan Encik Muhd Fauzi Ismail perhatikan industri rekaan dalaman kian mendatar dan memerlukan suntikan inovasi.
Ini lebih-lebih lagi apabila mereka melihat pekerja mereka, khususnya golongan pereka dibebani tugas.
