"Mendaki Sense telah bekerjasama dengan rakan di bawah rangkaian M Kuasa Tiga (M3) untuk melaksanakan beberapa inisiatif bagi menyokong pekerja Melayu/Islam yang terjejas oleh kemelesetan ekonomi akibat daripada Covid-19. Hasilnya, kami melihat lebih ramai pekerja terjejas yang mendekati Mendaki Sense secara proaktif untuk bantuan pekerjaan dan latihan.
Bersama dengan rakan kerjasama kami di bawah M3, Mendaki telah menubuhkan sebuah kumpulan kerja yang terdiri daripada wakil dari kementerian relevan, agensi nasional dan pertubuhan kemasyarakatan. Menerusi pasukan bertindak ini, kami mahu memastikan agar masyarakat kita dapat memanfaatkan dan mengakses bantuan relevan di peringkat nasional dan masyarakat.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg