Premium
Covid-19 jejas teruk kerja, pendapatan pekerja bebas
Pemandu pelancong terpaksa kerja ad-hoc di syarikat penghantaran bagi tampung kos sara hidup keluarga
Aug 2, 2020 | 5:30 AM
PENDAPATAN MEROSOT: Sejak pandemik Covid-19 melanda, pemandu pelancong bebas. Encik Basirun Mansor (paling depan, berbaju ungu) kehilangan 90 peratus pendapatannya kerana ketiadaan pelancong yang datang mengunjungi Singapura. Gambar beliau bersama sekumpulan pelancong di kawasan Kampung Glam ini diambil sebelum berlakunya pandemik Covid-19. - Foto MONSTER DAY TOURS -
Antara golongan yang paling terjejas semasa pandemik Covid-19 ini ialah mereka yang bekerja sendiri ataupun pekerja bebas. Ada yang menyaksikan pendapatan mereka merosot hampir sepenuhnya dan ada pula tiada pekerjaan langsung semasa tempoh ini. Ini membuat sesetengah daripada mereka terpaksa mencari pekerjaan lain untuk menyara kos kehidupan harian. Berikut BERITA HARIAN melaporkan kisah dua pekerja bebas - seorang pemandu pelancong dan seorang penganjur acara - yang terjejas dengan pandemik ini.
SELAMA empat tahun, Encik Basirun Mansor sibuk membawa pelancong meneroka daya tarikan dan keindahan Singapura.

