Premium
Covid-19 lahirkan bilionair kelima M'sia
Aug 19, 2020 | 5:30 AM
PERMINTAAN NAIK, HARTA BERTAMBAH: Encik Wong Teek Son, pengasas bersama syarikat pembuat sarung tangan Riverstone Holdings, kini mempunyai kekayaan bernilai bersih $1.6 bilion apabila nilai saham syarikatnya meningkat hampir enam kali ganda sejak Mac, didorong kenaikan permintaan dek Covid-19. - Foto BH oleh KELVIN CHNG -
KUALA LUMPUR: Malaysia sudah lama menjadi tempat banyak kekayaan dikumpul dari masa ke masa. Keluarga Kuok, Teh dan Quek masing-masing menguasai sektor minyak sawit, hartanah dan perbankan sejak beberapa dekad lalu.
Sekarang, disebabkan pandemik Covid-19, industri getah, atau lebih tepat sarung tangan, negara ini, yang selama ini agak senyap, menjadi antara yang paling hangat di dunia.

