Topik diikuti
Pergi ke BHkuCukai setem pembeli tambahan bagi pemindahan hartanah ke amanah hidup atau 'living trust'
Cukai setem pembeli tambahan bagi pemindahan hartanah ke amanah hidup atau 'living trust'
May 9, 2022 | 7:11 AM
Cukai setem pembeli tambahan bagi pemindahan hartanah ke amanah hidup atau 'living trust'

-
PEMINDAHAN hartanah kediaman kepada amanah hidup (living trust) akan tertakluk kepada cukai setem pembeli tambahan (ABSD) sebanyak 35 peratus mulai Isnin (9 Mei), menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Amanah hidup dibentuk oleh individu semasa hayatnya, di mana orang yang ditetapkan, seorang pemegang amanah, diberi tanggungjawab untuk menguruskan aset individu tersebut bagi manfaat benefisiarinya.
Langkah itu dibuat selepas pemerintah mengumumkan pusingan terbaru langkah meredakan hartanah pada 15 Disember tahun lalu, di mana ABSD dinaikkan kepada 17 peratus daripada 12 peratus untuk rakyat Singapura yang membeli hartanah kedua mereka.
