Topik diikuti
Pergi ke BHkuDana hartanah setempat berlandaskan syariah beli bangunan di Brisbane
1 of 2
Feb 17, 2016 | 5:30 AM
Dana hartanah setempat berlandaskan syariah beli bangunan di Brisbane
SATU dana hartanah swasta berlandaskan syariah, Basil Property Trust, yang diuruskan firma pengurusan pelaburan hartanah milik Melayu telah membeli sebuah bangunan pejabat di Australia dengan kos A$159 juta ($156 juta).
Bangunan itu, 41 George Street, terletak di kawasan pusat bandar (CBD) Brisbane dan dijual oleh Queensland Investment Corporation.