Premium
Dana jagaan Covid-19 bantu ringankan beban masa sukar
Pekerja sektor pelancongan yang diberhenti kerja turut dapat sokongan pelbagai pihak bagi tanggung isteri, 4 anak masih sekolah
Dec 5, 2020 | 5:30 AM
MANFAATKAN BANTUAN: Encik Ismail Bakar merupakan antara anggota kesatuan yang dijangka meraih manfaat daripada Dana Jagaan NTUC (Covid-19) dipertingkat dengan kriteria kelayakan yang diperluas. - Foto BH oleh GIN TAY -
DEK pandemik Covid-19 yang melanda sejak awal tahun ini, sektor pelancongan terjejas teruk dan Encik Ismail Bakar diberhentikan daripada tugasnya sebagai marsyal trafik di Resorts World Sentosa (RWS) pada Julai lalu.
Setelah hilang pekerjaan, Encik Ismail, 57 tahun, memutuskan untuk berehat buat masa ini dan cuba mengawal penyakit kolesterol tinggi yang dihadapinya.

