Premium
Dapat bertahan hasil tukar ke khidmat basmi kuman
Jul 1, 2020 | 5:30 AM
SESUAIKAN DENGAN SITUASI: Seorang pekerja 4riz Services Pte Ltd menjalankan kerja pembasmian kuman di pejabat pelanggan di Changi Road. Syarikat perkhidmatan pemindah itu kini memberi lebih tumpuan pada perkhidmatan pembasmian kuman kerana dalam tempoh ini ia tidak dapat menerima banyak tempahan bagi perkhidmatan pemindah. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -
SEJAK kebanyakan perniagaan dibenarkan dibuka semula dan menyambut pelanggan ke kedai mereka, 4riz Services Pte Ltd menerima banyak permintaan bagi kerja pembasmian kuman daripada pelbagai sektor.
Pengarah 4riz Services, Cik Nur Sarah Mahat, berkata permintaan bagi perkhidmatan pembasmian kuman syarikat itu meningkat 70 peratus sejak permulaaan fasa kedua pembukaan semula ekonomi dan masyarakat Singapura, selepas tempoh pemutus litar jangkitan koronavirus Covid-19.

