Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

PERANGKAAN AWAL PASARAN PEKERJA 2021

Pasaran pekerja terus pulih suku terakhir tahun lalu

Jan 29, 2022 | 05:30 AM



PASARAN pekerja mencatat pemulihan berterusan dalam suku terakhir tahun lalu di samping pertumbuhan ekonomi positif, dan pemulihan itu dijangka kekal meskipun terdapat ketidakpastian dalam krisis pandemik Covid-19 sejagat dek varian Omicron, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.



Beliau menarik perhatian tentang dapatan utama positif perangkaan awal pasaran pekerja 2021, yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.



Ia menunjukkan kadar pengambilan kerja keseluruhan meningkat ketara dalam suku keempat tahun lalu disebabkan kadar pengambilan kerja penduduk (warga dan Penduduk Tetap (PR) serta bukan penduduk (bukan warga dan PR).



Di samping itu, kadar pengangguran terus bertambah baik, dengan kadar keseluruhan merosot daripada 2.5 peratus pada November lalu kepada 2.4 peratus bulan lalu.



Kadar pemberhentian kerja kekal rendah dalam tiga bulan terakhir tahun lalu, dengan jumlah yang diberhentikan kerja berkurangan kepada 7,820 pada 2021 daripada 26,110 pada 2020.



Dr Koh berkata alasan paling biasa syarikat yang memberhentikan pekerja tahun lalu ialah pengaturan semula atau penyusunan semula.



"Ini berbeza daripada 2020, di mana ia disebabkan kemelesetan atau kemerosotan perniagaan yang disebut sebagai alasan bagi pemberhentian kerja banyak syarikat.



"Ini satu petanda syarikat sedang membuat perubahan dan menjalani transformasi di samping peralihan sejagat dalam teknologi," kata beliau kepada media pada akhir lawatan ke syarikat onkologi jitu Lucence Diagnostics.



Mengenai kadar pengangguran yang semakin merosot, Dr Koh berkata beliau berharap pemulihan dalam perjalanan antarabangsa dan sekatan yang semakin kurang ke atas perniagaan akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.



Namun, beliau menambah bahawa terdapat isu ketakpadanan kemahiran dengan pekerjaan, dan lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk menggalak peningkatan kemahiran.



"Ini agar mereka yang kini menganggur kerana kekurangan kemahiran mencukupi yang diperlukan industri terus dapat menjadikan diri mereka lebih baik dari segi daya kerja," kata beliau.



Dr Koh berkata pemerintah dan rakan kerja tiga pihak akan terus menyediakan bantuan bagi pasaran pekerja terus pulih sedang ekonomi dan perniagaan disusun semula dan pekerja mencari peluang pekerjaan baru.



Contohnya, Insentif Bantuan Pekerjaan (JGI) menyediakan sokongan gaji kepada majikan layak yang ingin menggajikan lebih ramai pekerja tempatan.



Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Patrick Tay, berkata beliau menjangka pasaran buruh lebih positif dengan kadar pengangguran bertambah baik dan kadar pemberhentian kerja kekal rendah tahun ini dan seterusnya.



"Ini dengan kaveat banyak perniagaan sedang dan akan menjalani transformasi digital, penyusunan semula dan pengaturan semula strategi, yang boleh menjejas peranan sementara meningkatkan permintaan dalam bidang kemahiran baru.



"Ini juga dengan latar belakang pemulihan tidak setara berterusan, prospek tidak menentu dan dengan industri amat terjejas masih perlu mengharungi ketidakpastian," katanya dalam satu pos Facebook semalam.







"Tentunya, adalah satu kelegaan melihat pasaran buruh mengekalkan trajektori pemulihan dalam suku terakhir 2021 di samping pertumbuhan ekonomi yang positif. Ini meskipun terdapat ketidakpastian daripada krisis Covid-19 sejagat dek varian Omicron. Oleh itu, mesejnya ialah pasaran buruh akan mengekalkan trajektori pemulihannya."



- Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.







"Dengan Belanjawan 2022 akan datang dan dengan laporan Pasukan Bertindak PME NTUC-SNEF (dikeluarkan Oktober lalu), saya berharap dapat melihat sokongan lebih luas dan berterusan bagi pekerja dan majikan kita mengharungi gelombang perubahan pada 2022 dan mengatasi cabaran pengangguran/guna tenaga tidak penuh struktur."



- Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Patrick Tay.







DAPATAN UTAMA PERANGKAAN AWAL PASARAN PEKERJA 2021



- Pertumbuhan kadar pengambilan kerja keseluruhan ketara dalam suku keempat 2021, dengan seramai 47,400 pekerja. Ini kerana kadar pengambilan kerja penduduk (warga dan Penduduk Tetap (PR)) tumbuh pada kadar lebih pantas, dan kadar pengambilan kerja bukan penduduk menyaksikan kenaikan buat kali pertama dalam dua tahun



- Situasi pengangguran terus bertambah baik secara keseluruhan, berkurangan daripada 2.5 peratus pada November lalu kepada 2.4 peratus bulan lalu. Bagi warga, kadar itu susut daripada 3.5 peratus kepada 3.4 peratus.



- Kadar pengangguran tahunan juga berkurangan daripada 3 peratus pada 2020 kepada 2.6 peratus tahun lalu secara keseluruhan.



- Kadar pemberhentian kerja kekal rendah. Jumlah individu diberhentikan kerja berkurangan daripada 26,110 pada 2020 kepada 7,820 tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >