Premium
Dari Candy Crush bangun permainan sendiri
Feb 4, 2018 | 5:30 AM

BERANI MENCUBA: Encik Fadzuli (kanan) dan Encik Khalid menembusi industri pembangunan permainan kerana minat mendalam dan pengalaman bekerja dalam MNC. - Foto BM oleh LEE JIA WEN -
PENGETAHUAN dan pendedahan dicedok Encik Fadzuli Said dan Encik Mohd Khalid Mohd Sani ketika bekerja dalam studio permainan Amerika, King.com yang menghasilkan permainan popular Candy Crush.
Ia memberikan keyakinan bagi mereka membangunkan permainan sendiri, Mighty Bear Games, yang masih dalam tahap pembangunan.

