Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Dasar kewangan S’pura tidak dipengaruhi langkah negara serantau tangani inflasi: Ketua MAS

Oct 30, 2023 | 05:19 PM



Dasar kewangan Singapura “kekal ketat”, menurut ketua bank pusat, Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ravi Menon, yang menggambarkan bahawa pihak berkuasa tidak tertekan untuk berbuat lebih banyak sedang rakan serantau semakin berwaspada.

Pada Oktober, penggubal dasar di Filipina dan Indonesia menaikkan kadar secara mengejut untuk menyokong mata wang mereka dan membendung tekanan inflasi.

Pakar ekonomi Kumpulan Goldman Sachs menjangka dua negara Asia Tenggara itu akan menetapkan kadar yang lebih tinggi.

Tidak seperti kebanyakan bank pusat yang bergantung pada kadar faedah untuk mengurus inflasi, Singapura yang bergantung pada perdagangan menggunakan kadar tukaran mata wang asing.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) tidak mengubah tetapan kewangan pada awal Oktober dan mengekalkan laluan peningkatan kadar tukaran mata wang asing dengan dua semakan setahun pada 2023.

Ia akan mengumumkan keputusan dasar pada setiap suku tahun mulai 2024.

“Itulah indahnya kadar tukaran mata wang bersandarkan-perdagangan,” kata Encik Menon dalam satu temu bual pada Jumaat apabila ditanya jika beliau berpendapat bahawa Singapura perlu mengetatkan lagi dasar. “Ia tidak kira bagaimana kadar tukaran mata wang asing negara lain bergerak.”

Mengekalkan kadar tukaran mata wang asing di laluan yang meningkat bermakna ia akan terus kukuh berbanding mata wang asing lain dan merendahkan inflasi yang diimport, memberi kesan sekatan ke atas ekonomi, katanya.

Sedang mata wang Singapura turun berbanding dolar Amerika Syarikat pada 2023, ia semakin mengukuh berbanding tujuh daripada 10 mata wang negara serantau di Asia, termasuk ringgit Malaysia dan renminbi.

Encik Menon, yang akan meletak jawatan sebagai ketua MAS selepas 12 tahun dan bersara daripada perkhidmatan awam pada 31 Disember, menekankan bahawa pengumuman dasar yang lebih kerap tidak bermakna perubahan yang lebih kerap.

Bank pusat itu, yang membuat dua langkah tidak berjadual pada 2022, masih mengekalkan orientasi jangka sederhana, kata Encik Menon.

Pasaran memahami bahawa bank pusat kadang-kala perlu menyesuaikan dasar di luar lingkaran, kata Encik Menon.

Tetapi jika ia berlaku terlalu kerap, ia mewujudkan kebimbangan, tambah beliau.

Dasar kewangan Singapura “kekal ketat” dengan MAS mengawasi dengan rapat keadaan inflasi teras yang dijangka mencecah 2.5 peratus hingga 3 peratus pada akhir 2023, katanya.

“Misinya belum selesai, tetapi ia berada di landasan yang betul.”

Encik Menon, 59 tahun, mula bertugas di bank pusat itu pada 1987. Beliau tidak mendedahkan rancangannya selepas meninggalkan MAS.

Inflasi Singapura susut ke paras rendah dalam 18 bulan pada September dan ekonomi mencatatkan prestasi lebih baik daripada ramalan pada suku ketiga. Namun, penurunan eksport masih membimbangkan.

MAS adalah antara yang pertama yang mula mengetatkan dasar di rantau ini pada Oktober 2021 untuk mengawal inflasi sebelum kenaikan harga menjadi ketara.

Kenaikan harga yang begitu pesat yang dicetuskan oleh pembukaan semula selepas pandemik dan diburukkan lagi oleh perang di Ukraine mengejutkan penggubal dasar dan ahli ekonomi, kata Encik Menon.

Beliau optimis bahawa kesan ekonomi yang lebih luas daripada konflik di Timur Tengah akan terkawal, selagi ia tidak berkembang menjadi sesuatu yang lebih serius.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >