Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Data gaji MOM: Pedagang minyak, karyawan teknologi raih gaji tertinggi

Jul 30, 2024 | 4:30 PM
Pekerjaan berkaitan teknologi, kewangan dan media turut tersenarai dalam 20 peranan kerja dengan gaji tertinggi berdasarkan gaji kasar median.
Pekerjaan berkaitan teknologi, kewangan dan media turut tersenarai dalam 20 peranan kerja dengan gaji tertinggi berdasarkan gaji kasar median. - Foto ST

Pedagang minyak dan bahan api adalah antara pekerja yang menikmati gaji paling lumayan pada 2023, tahun paling menguntungkan bagi sektor pelabuhan Singapura.

Mereka menikmati gaji kasar median sebanyak $14,911 sebulan pada Jun 2023 – menduduki tempat pertama dalam senarai pekerjaan yang disertakan dalam data gaji pekerjaan tahunan 2024 keluaran Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Pekerjaan jualan bahan api di Singapura mencatat rekod 51.8 juta tan minyak pada 2023, naik 2.37 peratus berbanding 50.6 juta tan minyak pada 2017.

Superintenden marin juga menikmati gaji kasar median tinggi, dan menduduki tempat ke-19 dalam senarai sekitar 500 pekerjaan dengan gaji tertinggi melibatkan semua industri.

Pekerjaan berkaitan teknologi, kewangan dan media turut tersenarai dalam 20 peranan kerja dengan gaji tertinggi berdasarkan gaji kasar median, lapor The Straits Times (ST). 

Tinjauan MOM dari Julai hingga Disember 2023 melibatkan hampir 4,800 majikan sektor swasta, dan hasilnya dikeluarkan pada Jun 2024.

Secara kolektif, kesemua majikan menggajikan sekitar 288,700 pekerja warga dan penduduk tetap Singapura yang bekerja sepenuh masa dan mempunyai caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) pada Jun 2023.

Ketua pegawai maklumat (CIO), ketua pegawai teknologi (CTO) dan ketua pegawai keselamatan (CSO) menduduki tempat kedua dengan gaji kasar median $13,840 sebulan.

Perangkaan gaji itu termasuk caruman CPF daripada pekerja tetapi tidak termasuk caruman CPF daripada majikan.

Peranan kerja teknologi lain yang berada dalam kelompok 20 pekerjaan teratas dari segi pendapatan, termasuk arkitek perusahaan atau huraian, pakar forensik digital, dan profesional jualan dan khidmat teknologi infokom.

Pekerjaan berkaitan kewangan dengan gaji tertinggi ialah pentaksir perniagaan yang menduduki tempat keempat dengan gaji kasar median $13,649 sebulan.

Pengurus khidmat insurans, pengurus pengurusan risiko, penasihat kewangan atau pelaburan, pengurus risiko kewangan, dan pengurus khidmat kewangan, berada di belakang sedikit dengan gaji kasar median lebih $10,000 sebulan.

Editor berita dan terbitan berkala meraih gaji kasar median sebanyak $10,577 sebulan, manakala pengarah pentas, filem, televisyen, permainan, komersial, video dan radio menikmati gaji kasar median sebanyak $11,252 sebulan.

Dalam pada itu, mereka yang menikmati gaji lumayan merentasi pelbagai peranan pekerjaan.

Peranan kerja berkaitan khidmat jagaan kesihatan, kesejahteraan, kecantikan dan alam sekitar turut menikmati gaji tinggi bersama peranan kerja dalam khidmat kewangan, pemasaran dan sosial.

Pendandan rambut meraih gaji kasar median yang meningkat daripada $1,595 sebulan pada Jun 2022 kepada $2,770 sebulan pada Jun 2023, iaitu kenaikan lebih 73 peratus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg