Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Defisit belanjawan dijangka cecah $74.3b, paling besar sejak S'pura merdeka

May 26, 2020 | 10:54 PM
Defisit negara berjumlah $74.3 bilion merupakan 15.4 peratus daripada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP). - Foto FAIL ST
Defisit negara berjumlah $74.3 bilion merupakan 15.4 peratus daripada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP). - Foto FAIL ST -

DI tengah-tengah perbelanjaan yang meningkat dan empat belanjawan berjumlah $92.9 bilion yang dibentangkan tahun ini, Singapura dijangka mengalami defisit terbesarnya sejak kemerdekaan negara ini pada 1965.

Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, yang mengumumkan Belanjawan Kecekalan di Parlimen pada Selasa (26 Mei) berkata defisit negara berjumlah $74.3 bilion, merupakan 15.4 peratus daripada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP).

Ini disebabkan gabungan dari dua kuasa: perbelanjaan yang meningkat dan kemerosotan pendapatan pemerintah yang dijangka apabila langkah jarak sosial mengurangkan pengeluaran dan perbelanjaan pengguna.

Justeru ini menyebabkan pendapatan fiskal merosot lebih teruk.

Pendapatan operasi yang disemak pula adalah $68.8 bilion - lebih rendah berbanding anggaran $76 bilion.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg