Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Deliveroo lancar inisiatif baru tingkat keselamatan pekerja penghantaran

Sep 29, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT penghantaran makanan Deliveroo Singapore akan melancarkan inisiatif keselamatan baru bagi lebih 9,000 pekerja penghantarannya, dalam usaha menyediakan persekitaran kerja yang selamat.



Ini termasuk latihan keselamatan dengan kerjasama Pusat Memandu ComfortDelGro dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), akses kepada sokongan keselamatan penunggang tambahan dan pendekatan bersama penunggang mengenai hal berkaitan keselamatan.



Ini setelah Deliveroo menetapkan Oktober sebagai Bulan Keselamatan Penunggang untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan penunggang di jalan raya.



Inisiatif itu membina di atas usaha yang telah dilakukan Deliveroo dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerja mereka, seperti program pengenalan panduan keselamatan di jalan raya dan insurans kemalangan dan kecederaan.



Antaranya, Deliveroo bekerjasama dengan Pusat Memandu ComfortDelGro bagi menganjurkan kursus menunggang secara defensif bagi pekerja mereka, meliputi topik seperti jarak ikut selamat, kawalan brek dan mengelakkan kemalangan motosikal yang biasa berlaku.



Penunggang Deliveroo boleh mendaftar bagi kursus secara fizikal itu dari Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan depan.



Deliveroo turut bekerjasama dengan SCDF untuk menawarkan kursus 'Response Ready' yang membolehkan penunggang menjalani latihan mengenai persediaan kecemasan asas, kemahiran pertolongan cemas asas, prosedur bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan defibrilator luaran automatik (AED), dan kemahiran asas melawan kebakaran.



Sebanyak tujuh sesi akan diadakan dari 18 hingga 27 Oktober.



Di samping itu, Deliveroo akan melancarkan aplikasi Busby pada 25 Oktober sebagai wadah bagi meningkatkan keselamatan penunggang dan mengelakkan kemalangan.



Aplikasi itu dapat memantau sensor melalui telefon sekiranya penunggang terlibat dalam kejadian jalan raya. Jika penunggang tidak memberi respons selepas lima minit, sokongan penunggang khusus Deliveroo akan diberitahu, di samping kontak kecemasan penunggang.



Ciri-ciri lain aplikasi itu termasuk membolehkan penunggang melaporkan kawasan seperti titik buta atau lubang di jalan raya, memaklumkan kepada pemandu kenderaan seperti trak, lori dan kereta apabila penunggang Deliveroo berhampiran, dan menghantar mesej kepada penunggang lain untuk mendapatkan sokongan jika terdapat masalah mekanikal.



Pengurus Besar Deliveroo, Cik Sarah Tan, berkata pihaknya selalu meneroka cara baru membantu melindungi penunggang di jalan raya dan meningkatkan persekitaran kerja mereka.



"Mengetahui bahawa insurans percuma Deliveroo merupakan satu tarikan bagi penunggang, kami berusaha memperkukuh inisiatif keselamatan kami dengan kegiatan sepanjang bulan sebagai sebahagian Bulan Keselamatan Penunggang.



"Daripada kursus keselamatan hingga ke bantuan khusus dan kandungan pendidikan pendek, terdapat banyak peluang bagi penunggang mempertingkat kesedaran keselamatan mereka dengan mudah," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >