Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Delivery Hero bincang jual sebahagian foodpanda

Sep 21, 2023 | 03:32 PM



Syarikat penghantaran makanan dalam talian, Delivery Hero, mengesahkan adanya perbincangan mengenai penjualan sebahagian perniagaannya di Asia pada Rabu dan berkata bahawa nilai perjanjian penjualan itu masih dirundingkan.

Menurut laporan The Straits Times, majalah perniagaan Wirtschaftswoche pertama kali melaporkan berita itu sambil menyatakan Grab Singapore mungkin membayar lebih 1 bilion euro ($1.46 bilion) bagi unit tersebut.


Syarikat yang berpangkalan di Berlin itu merancang menjual perniagaannya di bawah jenama foodpanda di Singapura, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina dan Thailand, katanya dalam satu kenyataan.

Para pelabur dalam syarikat itu menyambut baik laporan tersebut, yang meningkatkan nilai sahamnya sebanyak 13.5 peratus pada Rabu.

Grab tidak segera menjawab e-mel meminta ulasan.

Delivery Hero telah memberi tumpuan untuk meraih keuntungan dan pada masa yang sama mengekalkan pertumbuhan sedang keyakinan pelabur dalam syarikat itu mula berkurang selepas pandemik.

Kumpulan itu berkata ia telah mencapai keuntungan yang diselaraskan sebelum faedah, cukai dan penurunan nilai aset (Ebitda) dalam enam bulan pertama 2023, meskipun ia tidak memberikan angkanya, selepas ia mengalami kerugian sebanyak 323 juta euro dalam tempoh yang sama pada 2022.

Walaupun perniagaan di Asia itu merupakan pemacu pendapatan terbesar Delivery Hero, ia menghadapi kesukaran untuk mengekalkan rentak.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, Encik Niklas Oestberg, berkata pada Ogos bahawa syarikat itu telah berundur sedikit di rantau ini menyusuli pelaburan besar selama bertahun-tahun untuk memberi tumpuan kepada usaha meraih keuntungan.

“Namun, ia juga bermakna bahawa sebilangan pelanggan besar kemungkinan kurang ghairah terhadap apa yang kami boleh tawarkan hari ini,” katanya ketika itu.

Pada Ogos, Encik Oestberg berkata bahawa Asia merupakan segmen di mana syarikat itu melihat peluang terbanyak untuk melabur.

Firma Internet Singapura, Grab, mencatat pendapatan AS$567 juta ($774 juta) pada suku yang berakhir pada 30 Jun lalu dan menjangka berupaya balik modal berdasarkan pendapatan teras yang diselaraskan pada suku semasa.

Grab meraih sebahagian besar jualannya daripada perniagaan penghantaran makanannya dan baru-baru ini telah menyaksikan pertumbuhan kukuh dalam perniagaan pengangkutannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >