Premium
Dell lancar pusat R&D di SG, pertama di luar Amerika
Pelaburan $66j gergasi teknologi AS wujudkan lebih 160 peluang pekerjaan teknologi baru di sini
Feb 23, 2021 | 5:30 AM
HAB INOVASI GLOBAL: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing (tiga dari kiri) menghadiri pelancaran Hab Inovasi Global syarikat Dell Technologies semalam. Pusat itu akan memberi tumpuan pada bidang seperti realiti tambahan atau gabungan, analisis data dan bandar digital. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -
SYARIKAT teknologi gergasi Amerika Syarikat Dell Technologies melancarkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) barunya di Singapura semalam, dengan pelaburan sebanyak AS$50 juta ($66 juta).
Pusat R&D yang dinamakan Hab Inovasi Global itu akan memberi tumpuan pada usaha meningkatkan pengalaman pengguna dan membangun keupayaan R&D.

