Dewi diseru bimbing peniaga fahami ekonomi masa depan, Negara Bijak
Premium
Dewi diseru bimbing peniaga fahami ekonomi masa depan, Negara Bijak
Nov 7, 2017 | 5:30 AM

LOGO BARU DEWI: (Dari kiri) Naib presiden DPPMS, Encik Azhar Othman; mantan presiden DPPMS, Encik Zahidi Abdul Rahman; naib pengerusi Dewi II, Cik Rosnah Din; Cik Rahayu, Cik Fadilah dan naib pengerusi I Dewi, Cik Shahidah Ayoob Angullia melancarkan logo baru Dewi@DPPMS. - Foto DEWI@DPPMS -
CABANG wanita Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (Dewi@DPPMS) boleh memainkan peranan membimbing peniaga Melayu/Islam meningkatkan pemahaman mengenai ekonomi masa depan dan peluang perniagaan dalam Negara Bijak.
Membuat seruan itu dalam majlis Hi-Tea yang dianjurkan Dewi Jumaat lalu, Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, berkata perubahan yang mengubah sekitaran niaga hari ini sedang berlaku dengan pantas.

