Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DHL Express umum perubahan jawatan kepimpinan bagi Asia Pasifik

Jan 8, 2024 | 8:04 PM
Encik Yung C. Ooi: Dilantik Naib Presiden Kanan bagi Komersial Asia Pasifik.
Encik Yung C. Ooi: Dilantik Naib Presiden Kanan bagi Komersial Asia Pasifik. - Foto Asiaone /  Media OutReach Newswire 

Syarikat logistik antarabangsa dan terkemuka di dunia, DHL Express, mengumumkan pada 8 Januari beberapa perubahan jawatan kepimpinan syarikat itu bagi Asia Pasifik, bagi menggalak pertumbuhan syarikat itu yang seterusnya.

Syarikat itu telah melantik Encik Yung C. Ooi sebagai Naib Presiden Kanan bagi Komersial Asia Pasifik di DHL Express.

Encik Yung mengambil alih tugas itu daripada Cik Yasmin Khan, yang bersara selepas 23 tahun berkhidmat dengan Kumpulan DHL, menurut laporan Asiaone yang memetik Media OutReach Newswire.

Sebelum ini, Encik Yung adalah Pengurus Negara bagi DHL Express Taiwan.

Berkuat kuasa 1 Januari 2024, Encik Andy Chiang akan menyandang jawatan Pengarah Urusan bagi DHL Express Hong Kong dan Macau. Sebelum ini, beliau adalah Ketua Kewangan Strategik Sejagat bagi DHL Express.

Encik Ji Hun (Michael) Han adalah Pengarah Urusan baru bagi DHL Express Korea. Beliau mengambil alih tugas itu daripada Byung Koo Han, yang bersara selepas 16 tahun berkhidmat dengan Kumpulan DHL.

Encik Chee Choong Ng dilantik sebagai Pengarah Urusan bagi DHL Express Taiwan. Beliau mengambil alih tugas itu daripada Encik Yung C. Ooi. Sebelum ini, Encik Chee adalah Pengarah Urusan bagi DHL Express Hong Kong dan Macau.

“Asia Pasifik adalah pemacu utama bagi pertumbuhan sedunia. Kami berminat memanfaatkan peluang besar di sini,” kata Encik Ken Lee, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Asia Pasifik, DHL Express.

“Sedang kami bersiap sedia bagi pemulihan perdagangan sedunia, saya yakin pasukan ini akan memimpin (syarikat ini) di rantau ini. Kami sentiasa berbangga dengan komitmen kami untuk memupuk bakat dalaman.

“Ini adalah bukti dedikasi kami untuk menggalak pertumbuhan dan menawarkan peluang kemajuan kerjaya yang memuaskan dalam syarikat kami,” tambahnya.

Sebagai Pengarah Urusan bagi DHL Express Taiwan, Encik Yung telah berjaya memimpin syarikat itu di Taiwan untuk mencapai pertumbuhan lebih baik.

Dengan pengalaman luasnya dalam pengurusan jualan dan komunikasi pemasaran jenama, Encik Yung akan menerajui strategi komersial syarikat itu, dan merebut peluang pertumbuhan perniagaan di rantau Asia Pasifik yang dinamik.

Beliau juga akan terus memberi tumpuan untuk menambah baik pengalaman pelanggan dengan menggunakan analisis data untuk mengukuhkan lagi kedudukan DHL Express sebagai peneraju pasaran di rantau itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg