Topik diikuti
Pergi ke BHkuDPPMS anggap Belanjawan Berdaya Tahan "meluas dan memberi kelegaan kepada SME"

-
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Mar 27, 2020 | 5:30 AM
DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) menyambut baik Belanjawan Berdaya Tahan yang dianggap meluas dan memberikan kelegaan bagi syarikat kecil dan sederhana (SME).
Badan induk niaga Melayu/Islam itu juga gembira dengan penekanan terhadap peningkatan dan peluasan Skim Sokongan Pekerjaan bagi membolehkan perniagaan menyelamatkan pekerjaan dan menyokong pekerja.
