Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

CONTOH MAJLIS KAHWIN 'SELAMAT' DARI DPPMS

DPPMS 'anjur' majlis walimah buat panduan penyedia khidmat kahwin

Oct 01, 2020 | 05:30 AM



SEKITAR 20 syarikat penyedia khidmat perkahwinan telah menjalani latihan dan menyaksikan majlis perkahwinan 'secara langsung' sebagai persiapan menghadapi kelonggaran langkah sekatan Covid- 19 bagi industri itu nanti.



Inisiatif anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) itu adalah antara usaha membantu anggota mengurangkan risiko dan mempersiapkan diri apabila mengaturkan majlis yang kini boleh menerima lebih ramai tetamu, kata Presiden DPPMS, Encik Farid Khan.



Semasa latihan itu, peserta berada dalam kumpulan kecil dan dibawa melalui contoh benar (mock-up) majlis perkahwinan agar dapat melihat sendiri secara langsung majlis yang mematuhi langkah keselamatan ditetapkan.



Mereka telah dibawa ke bahagian yang berbeza dalam sebuah majlis - daripada meja pendaftaran hingga ke pintu keluar.



Pada 3 Oktober nanti, majlis perkahwinan boleh menerima sehingga 100 tetamu - berbanding 50 tetamu kini.



Encik Farid, yang turut menghadiri dan memerhatikan latihan dijalankan di Restoran The Landmark dan Red Velvet Ballroom di Village Hotel Bugis, itu kelmarin, berkata:



"Kelonggaran ini tentunya berita yang baik tetapi pihak dewan juga harus memainkan peranan menyelaraskan maklumat ini dengan para anggota kami tentang bagaimana untuk mengurangkan risiko dan memastikan keselamatan semua



"Justeru, kami menganjurkan latihan mock up agar syarikat dapat menyaksikan secara langsung, bagaimana mereka harus anjurkan majlis nanti."



Kata Encik Farid, dengan kelonggaran ini, syarikat harus memastikan dapat mengawal orang ramai di samping mematuhi peraturan yang ditetapkan.



"Sebagai langkah berjaga-jaga, kami berharap syarikat penyedia khidmat dapat bekerja sama dengan kami dan mematuhi serta memahami peraturan.



"Apa yang kami khuatir ialah bila ada syarikat yang tidak faham atau mematuhi peraturan dan menyebabkan industri disekat semula," ujar beliau.



Namun Encik Farid lega yang ramai syarikat penyedia khidmat perkahwinan sejauh ini dapat memahami keadaan sekarang dan patuh apa sahaja peraturan yang ditetapkan pemerintah.



Beliau turut berterima kasih dengan rakan kerjasama seperti Berita Harian (BH) yang banyak memainkan peranan hingga ke tahap ini.



"Kami berterima kasih kepada BH kerana bekerja sama dengan kami dari hari pertama sehingga apa yang mampu dicapai hari ini.



"BH memainkan peranan penting dalam pencapaian berhubung dengan kelonggaran hari ini," kata Encik Farid.



Menyentuh lebih lanjut tentang inisiatif itu, Pengerusi Kelompok Perkahwinan dan Acara DPPMS, Encik Mohamed Nor Ismail, berkata latihan secara langsung itu adalah penting bagi memastikan keseragaman dalam industri perkahwinan apabila kelonggaran berkuat kuasa supaya syarikat dapat meluaskan perniagaan dengan selamat.



"Kami bermatlamat untuk mendidik dan melatih anggota agar mereka memiliki maklumat penting yang diperlukan untuk mengendalikan acara mereka dengan mematuhi langkah pengurusan selamat yang sudah dilonggarkan nanti," jelasnya.



Encik Mohamed Nor menekankan adalah penting bagi latihan sedemikian diadakan secara langsung agar syarikat lebih memahami bagaimana sesebuah majlis perlu diatur dan dianjurkan, sekali gus dapat melaksanakannya dengan baik nanti.



"Dengan adanya penyelarasan dari segi standard, ini akan membolehkan majlis perkahwinan diluaskan dengan selamat semasa fasa ini, lantas membolehkan industri ini terus dilonggarkan lagi," tambah beliau.



Awal dari ini, DPPMS telah membentangkan beberapa saranan langkah selamat kepada Enterprise Singapore (ESG) untuk mengadakan majlis perkahwinan lebih besar, termasuk melantik pegawai pengurusan selamat serta mengehadkan bilangan tetamu dalam zon tertentu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >