Topik diikuti
Pergi ke BHkuDPPMS bakal anjur misi niaga ke M'sia
Mar 15, 2023 | 5:30 AM
DPPMS bakal anjur misi niaga ke M'sia
DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) akan menganjurkan misi perniagaan ke Malaysia pada Julai untuk membolehkan anggotanya memperoleh lebih banyak maklumat tentang peluang perniagaan di negara itu.
Menurut Naib Presiden DPPMS, Encik Azhar Othman, misi perniagaan itu akan diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor dan akan berlangsung sekitar empat hari.