Topik diikuti
Pergi ke BHkuDPPMS seru ahli kelompok khidmat perkahwinan, acara patuhi syarat MOH
Dewan sediakan sumber bantu anggotanya dalam kelompok khidmat perkahwinan
ENCIK MOHAMED NOR ISMAIL: Gesa anggota DPPMS berfikiran positif dalam keadaan mencabar sekarang. -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Mar 28, 2020 | 5:30 AM
ANGGOTA Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) yang menyediakan khidmat perkahwinan mengalami kehilangan pendapatan lebih 65 peratus akibat pandemik koronavirus Covid-19.
Dalam satu kenyataan DPPMS semalam, Kelompok Perkahwinan dan Acara badan induk itu menggalak anggotanya mematuhi syarat Kementerian Kesihatan (MOH), di samping membentangkan beberapa langkah operasi bagi menangani krisis tersebut.
