Topic followed successfully
Go to BHkuDua rakan jana niaga anjur kegiatan lasak
Premium
Dua rakan jana niaga anjur kegiatan lasak
Semangat berani cuba dan nilai bekerjasama dalam sesebuah pasukan satu kemahiran penting yang berguna di bangku sekolah dan alam kerjaya. Beberapa firma kini giat menawarkan pelbagai kegiatan lasak demi memupuk nilai berani mengatasi cabaran serta keupayaan bekerjasama dalam sebuah kumpulan. INIAZ RAHIM meninjau firma dan karyawan yang menjadikan kegiatan lasak sebagai sumber pendapatan mereka.
Jan 12, 2017 | 5:30 AM
Dua rakan jana niaga anjur kegiatan lasak
HOBI JADI KERJAYA: Encik Mohammad Salehin (kiri) dan Encik Muhammad Shafizan menyalurkan minat dalam menganjurkan kegiatan lasak dan membina pasukan ke arah satu usaha niaga yang mampan. - Foto INIAZ RAHIM -
MELIHATKAN trend permintaan meningkat daripada sekolah setempat bagi program dan kegiatan membina pasukan (team building), dua belia melaksanakan idea menubuhkan syarikat demi memenuhi permintaan tersebut.
Encik Mohammad Salehin Amat Kamsin, 29 tahun, dan Encik Muhammad Shafizan Saikh Abdul Kader, 28 tahun, menyalurkan minat dalam menganjurkan kegiatan lasak dan membina pasukan ke arah satu usaha niaga yang mampan.

