SYARIKAT teknologi Britain, Dyson, yang dikenali dengan mesin pembersih vakum dan kipas tanpa bilah, telah membuka sebuah pusat penyelidikan dan pengembangan (R&D) bernilai £330 juta ($587 juta) di Taman Sains Singapura semalam.

Kemudahan itu akan tertumpu kepada usaha membangunkan teknologi baru pada masa depan, termasuk kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, robotik dan sistem visi.