Premium
Ejen pelancongan tutup pejabat, jalankan niaga di rumah
Aug 23, 2020 | 5:30 AM
UNTUK KURANGKAN KERUGIAN: Encik Majid telah mengemas pejabatnya di Lucky Plaza untuk memindahkan operasinya ke rumah. - Foto GEM VACATION AND TRAVEL -
SETELAH berniaga selama lapan tahun di Lucky Plaza, ejen pelancongan Gem Vacation & Travel memutuskan menutup pejabat itu dan merancang menjalankan perniagaan di rumah buat sementara ini.
Memandangkan sektor pelancongan dijangka tidak akan pulih dalam tempoh terdekat ini, pengarahnya, Encik Abdul Majid Moulabas, berkongsi bahawa langkah segera itu perlu diambil bagi mengurangkan kerugian.

