MENCERMINKAN kesan sekatan pemutus litar, ekonomi Singapura menguncup 12.6 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding setahun lalu. Demikian menurut perangkaan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dikeluarkan hari ini (14 Julai).
Sekatan pemutus litar, yang dilaksanakan dari 7 April hingga 1 Jun bagi mengekang Covid-19, menjejas ekonomi kerana kebanyakan perniagaan, kecuali yang penting sahaja, dibuka.
Terjejas teruk ialah sektor binaan yang menguncup 54.7 peratus disebabkan pemberhentian kerja-kerja binaan dan gangguan terhadap tenaga buruh akibat sekatan pemutus litar.
Industri perkhidmatan juga turun 13.6 peratus kerana sektor pelancongan, pengangkutan udara, runcit dan khidmat makanan yang terjejas.
Hanya perkilangan yang mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 2.5 peratus.
Jika dibandingkan dengan suku pertama, ekonomi susut 41.2 peratus pada suku kedua. MTI sebelum ini meramalkan ekonomi menguncup antara 4 dengan 7 peratus sepanjang tahun ini.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg