Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekon S’pura dijangka rancak semula secara sederhana pada 2024

Dec 20, 2023 | 03:08 PM



Ekonomi Singapura dijangka rancak semula pada 2024, dengan berakhirnya inflasi tertinggi sedunia sejak beberapa dekad lalu, di samping permintaan bagi barangan elektronik yang dijangka bertambah baik.

Namun, pemulihan ekonomi negara yang dipacu eksport dijangka berlaku pada kadar sederhana, di tengah-tengah permintaan lemah daripada pengguna dalam pasaran utama seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan China.

Di kesemua negara tersebut, pertumbuhan ekonomi masih kekal di bawah paras mantap untuk sebahagian besar 2023, lapor The Straits Times (ST).


Sambil merujuk kepada 2024 yang merupakan Tahun Naga mengikut kalendar Cina, Ketua Pakar Ekonomi Asia dan Ketua Bersama Penyelidikan Sejagat di HSBC, Encik Frederic Neumann, berkata bagi ekonomi Singapura, ia bukanlah naga yang “menghembus api”.

Malah, beberapa risiko baru kepada rantaian bekalan sedunia mula muncul, dengan khidmat kiriman perkapalan di Laut Merah kini terjejas sementara disebabkan serangan pemberontak ekoran konflik Israel-Hamas yang kini mula menjejas ekonomi dunia.

Akhir minggu lalu, tiga kapal kontena diserang pemberontak di kawasan perairan itu dalam tempoh sekitar sehari.

Ini membuat pemilik kapal termasuk MSC Mediterranean Shipping, A.P. Moller-Maersk dan CMA CGM – tiga syarikat perkapalan kontena utama di dunia, mengumumkan rancangan untuk menghentikan sementara pelayaran kapal yang melintasi perairan itu.

Beberapa kapal dari Eropah ke Asia kini mengalihkan laluan ke sekitar Afrika Selatan dengan kos penghantaran lebih tinggi untuk mengelakkan Terusan Suez, yang merupakan laluan dagangan maritim penting di Laut Merah.

Pada 19 Disember, harga minyak sejagat meningkat selepas syarikat tenaga BP berkata ia kini menghentikan pelayaran kapal tangki melintasi Laut Merah.

Baru-baru ini, bank pusat Amerika memberi isyarat ia mungkin menurunkan kadar faedah daripada paras tertinggi sejak empat dekad lalu, yang mengekang pertumbuhan dan permintaan pengguna bukan sahaja di Amerika malah di seluruh dunia.

Bagaimanapun, bank pusat utama lain termasuk Bank Pusat Eropah dan Bank England menolak jangkaan tersebut.

Perbezaan pandangan itu menunjukkan potongan kadar faedah pada 2024 tidak akan tiba tepat pada masanya untuk negara pasaran utama mengatasi masalah pertumbuhan ekonomi lebih perlahan dan pengangguran lebih tinggi.

Ini pula akan menjejas permintaan pengguna dan seterusnya prospek ekonomi Asia seperti Singapura yang didorong eksport.

Data eksport terbaru Singapura juga mula menunjukkan tanda pemulihan, walaupun ia lebih sukar diperoleh.

Eksport domestik bukan minyak (Nodx) naik 1 peratus pada November selepas turun selama 13 bulan berturut-turut, menurut data agensi perdagangan Enterprise Singapore.

Bagaimanapun, eksport barangan elektronik pula merosot 12.7 peratus tahun ke tahun pada November – lebih buruk berbanding Oktober, apabila kiriman barangan elektronik menyusut 5.6 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >