Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekon S’pura tumbuh 0.7% pada suku ketiga 2023

MAS turut kekalkan dasar kewangan dalam usaha imbangi risiko pemulihan ekonomi lebih perlahan dengan inflasi yang semakin naik
Oct 13, 2023 | 04:23 PM



Ekonomi Singapura berkembang pada kadar lebih pantas daripada jangkaan pada suku ketiga 2023.

Pertumbuhan itu dirangsang oleh sektor pelancongan, di samping sektor pengilangan dengan pertumbuhan kecil suku-ke-suku.

Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) bagi tempoh Julai hingga September meningkat 0.7 peratus tahun-ke-tahun, menurut anggaran awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat, lapor The Straits Times.


Ini lebih baik daripada suku kedua, apabila ekonomi berkembang 0.5 peratus tahun-ke-tahun.

Bagi suku-ke-suku selepas diselaraskan secara musiman, ekonomi berkembang 1 peratus, lebih cepat daripada pertumbuhan 0.1 peratus pada suku sebelumnya.

Angka itu melebihi anggaran penganalisis, dengan ramalan median atau nilai tengah dalam tinjauan pakar ekonomi Bloomberg yang menjangka ekonomi berkembang 0.4 peratus pada suku ketiga berbanding setahun lalu dan berkembang 0.6 peratus berbanding tiga bulan sebelumnya.


Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Jumaat berkata pertumbuhan GDP pada 2023 dijangka berada pada paras separuh lebih rendah antara julat ramalan 0.5 peratus hingga 1.5 peratus.

Berbanding prospek luaran, prospek ekonomi Singapura agak perlahan pada jangka terdekat, namun dijangka bertambah baik secara beransur-ansur pada separuh kedua 2024, kata bank pusat itu.

Pertumbuhan di negara rakan dagangan utama Singapura dijangka meningkat secara beransur-ansur pada 2024 sedang inflasi terus berkurang dan kitaran sektor elektronik meningkat secara sederhana, walaupun masa dan tahap pemulihannya tertakluk kepada keadaan tidak menentu yang ketara, tambahnya.

Sehingga September, MAS menjangkakan inflasi utama 2023 pada purata 4.5 peratus hingga 5.5 peratus dan inflasi teras pada purata 3.5 peratus hingga 4.5 peratus.

Anggaran awal, yang dikira sebahagian besarnya berdasarkan data pada Julai dan Ogos, menunjukkan sektor pengilangan menguncup sebanyak 5 peratus pada suku ketiga berbanding tahun lalu, berikutan penguncupan 7.7 peratus pada suku kedua.

Ketua ekonomi dan ketua penyelidikan dan strategi pasaran global di OCBC Bank, Cik Selina Ling, berkata penguncupan tahun-ke-tahun dalam sektor pengilangan lebih sederhana daripada jangkaan.

Sektor pembinaan berkembang 6 peratus tahun-ke-tahun pada suku ketiga, melanjutkan pertumbuhan 7.7 peratus pada suku sebelumnya. Pertumbuhan itu dirangsang oleh aktiviti pembinaan di sektor awam dan swasta, walaupun ia kini kurang rancak.

Dalam sektor perkhidmatan yang menyumbang kira-kira dua pertiga daripada ekonomi, perkhidmatan penginapan dan makanan, hartanah, perkhidmatan pentadbiran dan sokongan serta perkhidmatan lain, menunjukkan prestasi lebih baik.

Ia meningkat 4.7 peratus tahun-ke-tahun pada suku ketiga, walaupun lebih perlahan daripada pertumbuhan 6.1 peratus pada suku kedua.

Sektor penginapan melihat pertumbuhan kukuh menyusuli pemulihan berterusan dalam jumlah ketibaan pengunjung antarabangsa ke Singapura.

Sementara itu, MAS dalam kenyataannya pada Jumaat memutuskan untuk mengekalkan dasar tetapan kewangannya tanpa sebarang perubahan.

Ini dilakukan sedang ia berusaha mengimbangi antara risiko pemulihan ekonomi yang lebih perlahan daripada jangkaan, dengan kemungkinan inflasi yang meningkat.

Dalam kenyataan dasar kewangan dua kali setahun itu, bank pusat itu menjangka pertumbuhan pada 2023 antara 0.5 peratus dengan 1.5 peratus.

Ini walaupun anggaran awal dikeluarkan pada Jumaat menunjukkan ekonomi Singapura berkembang lebih cepat daripada jangkaan pada suku ketiga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >