Premium
Tinjauan: Warga S'pura kurangkan belanja untuk perayaan
Jan 14, 2017 | 5:30 AM
'IKAT PERUT': Oranga ramai membeli-belah sempena sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown baru-baru ini. Tinjauan terbaru menunjukkan peruntukan perbelanjaan oleh warga Singapura bagi perayaan itu susut 11 peratus tahun ini. - Foto THE STRAITS TIMES -
WARGA Singapura "ikat perut" pada Tahun Baru Cina tahun ini, dengan rancangan mahu mengurangkan perbelanjaan, demikian menurut satu tinjauan United Overseas Bank baru-baru ini.
Responden berkata mereka bercadang membelanjakan $2,503 setiap seorang - susut sebanyak 11 peratus berbanding peruntukan tahun lalu sebanyak $2,805.

